DAP Lahirkan “Keldai Politik” Dikalangan Melayu DAP

Share This:

Kekejaman dan kezaliman DAP serta PKR terhadap rakyat dibawah naungan mereka bukan lagi rahsia dan boleh disembunyikan lagi. Rakyat sudah melihat  dari kepimpinan bawahan hingga atasan tiada satu pun yang boleh diharapkan.

Penyelewengan yang dilakukan oleh semua kepimpinan DAP dan PKR telah menyebabkan  banyak kepentingan rakyat telah diabaikan begitu sahaja. Sebagai contohnya Selangor yang dahulu dibawah kepimpinan Barisan Nasional telah menjadi negeri pertama yang maju.

Kemajuan Negeri Selangor dengan hasil rizab negeri yang berbillion dengan kemasukan pelaburan yang banyak, tetapi kini Selangor hanya pemegang rekod pusat perjudian dan perlacuran serta pusat ternakan Aedes yang terhebat di Malaysia.

DAP pula telah memerintah Pulau Pinang, sebuah pulau yang terkenal dengan industri elektroniknya dan pelabuhan kini juga sedang menerima nasib yang sama sebagaimana Pulau Pinang. Penindasan  perkauman dlakukan secara terbuka dan dasar diskrikminasi yang dilakukan amat tidak masuk akal.

DAP yang mengamalkan dasar nepotisme yang terlampau dan kini telah mencecah hampir 52 tahun dalam mengekalkan dasar kroisme dan nepotisme  dalam politik Negara. Dasar yang tidak membolehkan sesiapa sahaja yang memerintah mereka dan mengamalkan dasar kuku besi serta perkauman.

DAP bukan sahaja melihat bangsa Melayu itu sebagai satu ancaman besar bagi mereka atau halangan bagi mereka untuk  memerintah Negara ini. Malah sistem Raja berpelembagaan juga sebagai satu halangan yang mesti dihapuskan.

Penghinaan dan pemusnahan sejarah Melayu dilakukan dengan menghapuskan nama-nama jalan yang berkaitan dengan Melayu, perkampungan tradisional Melayu serta cuba mengubah sejarah dengan mengatakan bangsa Melayu adalah pendatang dalam Negara ini.

Kejadian 13 mei 1969 , rakyat Malaysia dapat melihat betapa angkuhnya mereka  dengan mengeluarkan perkataan  menghalau bangsa Melayu agar tinggal didalam hutan susulan kemenagan pilihanraya yang mereka menangi.

Perkara yang sama dilakukan di Pulau Pinang tetapi tidak dengan mengeluarkan perkataan tetapi terus menggunakan dasar pembangunan sebagai cara untuk menghalau bangsa Melayu. Akhirnya bangsa Melayu yang berkelompok besar dikecilkan dan menjadikan kuasa  bersuara  berpindah kepada mereka.

DAP kini sedang cuba membersihkan nama mereka dengan  mengatakan UMNO, MCA dan MIC adalah parti yang berlainan  dan mengamalkan dasar perkauman  untuk kaum masing-masing. Tindakan memecahkan parti-parti ini adalah  bertujuan untuk mengaburi minda rakyat.

DAP sebenarnya sebuah parti yang gagal dalam banyak perkara. Kegagalan DAP untuk seiring dengan corak Barisan Nasional yang mengabungkan parti-parti berlainan kaum dalam satu lambang dan bersama-sama membangunkan Negara.

Kegagalan ini dilihat apabila DAP tidak bersetuju untuk mendaftarkan Pakatan Harapan sebagai satu gabungan dan DAP akan beranggapan kedudukan mereka sebagai parti yang mempunyai majoriti kerusi pilihanraya akan terancam.

Dasar-dasar kesamarataan diterapkan didalam minda pemimpin Melayu yang ada didalam Pakatan Harapan dimana mereka menggunakan  pemimpin Melayu yang ada untuk melakukan  penghinaan terhadap Agama Islam, Bangsa Melayu serta penghinaan terhadap Raja Melayu.

Senyum dan gembira dengan kebodohan pemimpin Melayu yang ada didalam Pakatan Harapan yang kini telah dijadikan sebagai Balaci suruhan atau keldai politik untuk menjayakan agenda Malaysian Malaysia yang telah diperjuangankan sejak tahun 1969 lagi.

Kerana politik dan  kekecewaan mereka , mereka sanggup menjualnya dengan harga yang cukup murah , berbangga pula saorang Cina yang berpaksikan DAP dapat memijak dan memperkudakan manusia yang berbangsa Melayu dengan diletakkan harga diri mereka serendah rumput dibumi .

Ini lah manusia manusia yang bongkak  berbangsa Melayu yang mana sanggup melakukan apa sahaja demi kepuasan hati walaupun terpaksa melakukan apa yang tidak sepatutnya dilakukan.

Kebijaksanaan DAP ialah mereka mampu memujuk Melayu untu dijadikan keldai politik mereka. DAP apabila mahu menambah penyertaan kaum Melayu di dalam parti itu adalah diibaratkan sebagai hanya menggunakan “tudung saji” untuk melindungi sikap rasis parti itu.

Parti itu yang enggan membuka penyertaan kepada ahlinya untuk bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), 29 September ini sebagai dalil paling jelas bahawa DAP menganggap ahli Melayu hanya untuk pameran sahaja.

Dalam usaha untuk mempamerkan bahawa ia parti berbilang kaum dan seiring pemikiran politiknya dengan kerabat Pakatan Rakyat, DAP menggunakan seorang dua dikalangan India dan Melayu dan terus melebelkan mereka sebuah gabungan berbilang kaum.

DAP hanya retorik, kononnya ada slogan untuk Bumiputera. DAP Pulau Pinang tiada langsung orang Melayu bertanding atas tiket DAP. Padahal dalam berkempen mereka  melaungkan  dan membawa orang Melayu ke hulur hilir, tampal poster sana sini tapi tiada seorang pun yang diangkat menjadi calon

Begitu hinanya orang Melayu dimata DAP – Nilai seorang Melayu dimata DAP hanya berharga semasa  orang Melayu bersama DAP cuba menguburkan  sejarah Raja Melayu, Bangsa Meklayu dan Agama Islam.

DAP amat bijak dan pandai main politik, mereka sanggup mengeluarkan belanja besar hanya mahukan kuasa. Setiap perbelanjaan besar itu akan dituntut dan diganti dengan nilai  sebuah negeri sebagaimana yang berlaku di Pualau Pinang.

Pulau Pinang negeri yang maju, isunya dah bagi MAIPP (Majlis Agama Islam Pulau Pinang) dari RM10 juta kepada RM60 juta setahun. DAP bagi semua itu tapi yang penting politik dia mahu kawal. Itu DAP. Orang Melayu hanya keldai politik yang ditunggangi DAP.

 –   pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*