DAP Bodohkan Melayu Yang Buta Politik

Share This:

Memancing undi dalam kepelbagaian cara yang kotor termasuk memfitnah itu adalah kerja pihak pembangkang sejak dahulu lagi. Mereka ini tidak mempedulikan apa natijahnya asalkan cita-cita mengugat keharmonian  dapat dilakukan.

Persidangan Agong UMNO yang telah berlalu baru-baru ini telah menjadikan DAP sebagai sebuah parti yang kepanasan seperti disiram minyak yang panas. Ucapan ucapan perwakilan seakan menghantui pemikiran mereka.

Pemimpin DAP melihat asakan yang dilakukan oleh blogger , cybertrooper  serta pro kerajaan bertali arus telah mengugat segala bentuk penipuan mereka terhadap orang Melayu sebelum ini. DAP kini sedang cuba mencari jalan pintas untuk menghalangnya.

Kini, media sosial menjadi medium yang paling mudah dan cepat untuk menyebarkan sesuatu maklumat. Tetapi, menjadi sesuatu yang ‘parah’ apabila segelintir pihak suka menyalahguna platform tersebut sebagai ‘inisiatif’ untuk menyebarkan maklumat tanpa usul periksa dan tanpa menyelidiki kesahihannya.

Kumpulan ini adalah sasaran DAP untuk berselindung dengan kebenaran yang berlaku. Manipulasi isu dilakukan tanpa had dan sekatan untuk menghasut seberapa banyak orang Melayu yang bakal menyokong  mereka  dalam pilihanraya nanti.

DAP sedar kesilapan menghalau PAS dari Pakatan Harapan adalah satu tamparan hebat bagi mereka untuk mendapatkan majority undi  dalam PRU14 akan datang, Jadi tiada cara lain ilah dengan menggunakan  atau mengajak bangsa Melayu yang buta politik menyokong mereka.

Perkataan-perkataan yang kurang ajar digunakan dihamburkan dicuping telinga Melayu bodoh ini agar terus melakukan penentangan terhadap kerajaan. Isu GST dimainkan ISU 1MDB yang sudah luak dihidupkan kembali walaupun berbagai pengakuan dan siasatan telah menunjukkan kebenaran.

Lantang tanpa sekatan  mereka terus melakukannya. Nasihat dan saranan  tidak diperdulikan langsung dan  mereka bertindak seakan Negara ini tiada satu pun bentuk undang undang dapat menghalang mereka.

Tidak kurang dari 20 kali kerajaan  yang memerintah dikatakan “gila” dan “kurang siuman” dan tidak mempunyai hak untuk memerintah dan  pembangkang  akan membuang kerajaan yang dikatakan gila dan kurang siuman ini seperti sampah.

Dalam kegilaan DAP mengeluarkan kata-kata  ketika menganjurkan demo kleptokrasi dan membuka cerita-cerita baharu untuk mengaburi minda rakyat untuk memburukkan kerajaan dan menyokong perjuangan songsang mereka.

“Kita berhimpun di sini, kerana kita mahu Malaysia jadi ‘nobel’ balik, kita mahu Malaysia tidak mau dipimpin oleh satu parti pemerintah yang sudah gila” kata Guan Eng pada malam tersebut.

Guan Eng mempertahankan tindakan mereka atas dasar kebebasan dalam program minum arak masa Oktoberfest dan halangan mengenainya adalah dikatakan menghalang hak hak kaum lain.

Perlu diingatkan sejak merdeka lagi kerajaan yang dipimpin barisan Nasional tidak pernah sama sekali menghalang sebarang program yang dianjurkan oleh kaum lain asalkan ianya tidak dilihat sebagai satu budaya.

Malaysia sebagai sebuah Negara Islam dan mempunyai amalan amalan Islam didalamnya menghadkan sebaran atau pengembangan fahaman yang songsang agar ianya tidak menjadi budaya yang menyalahi amalan kehidupan Islam dalam Negara ini.

Melampaui batas-batas norma kehidupan , Guan Eng dan juga parti DAP terus mencabar kesabaran umat Islam dengan menganjurkan lagi program Oktoberfest yang diadakan untuk kali kedua di Pulau Pinang.

Pada kali ini , DAP melalui Guan Eng terus melakukan penghinaan terhadap Islam dimana ianya amat menguris hati orang Islam dalam Negara ini dengan melebelkan bahawa Pulau Pinang bukan sebuah Negeri “Taliban”.

Bukan itu sahaja DAP dengan lantangnya melabelkan pemerintah Islam dalam Negara ini sebagai pelampau atau lebih bermaksud kepada pemberontak atau seiras orang yang mengamalkan dasar “talibanisasi”.

Ini merupakan satu tuduhan yang berat dilakukan oleh  Guan Eng terhadap pemimpin dalam Negara ini.

“Pelampau ini mungkin berjaya mengharamkan Oktoberfest di Selangor dan Kuala Lumpur, tetapi mereka tidak akan berjaya di Pulau Pinang. Pulau Pinang tidak berminat melarangnya, atau mengganggu kebebasan rakyat Malaysia. Kami bukan negara Taliban,” kata Guan Eng mempertahankan pesta arak di Pulau Pinang.

Terserlah kesombongan dan keangkuhan yang seakan sudah tidak dapat dikawal lagi oleh minda  normal sebagai seorang manusia dengan apa yang dilakukan oleh DAP dan Guan Eng terhadap Pulau Pinang. Kesombongan yang bukan hanya kata kata malah perbuatannya menganiaya sesame manusia.

Rata rata rakyat yang faham tentang musiabh yang melanda di Pulau Pinang itu bukan  musibah biasa yang dilalui saban tahun. Ini adalah musibah peringatan kepada penyokong Melayu Islam DAP  bahawa mereka kini telah tersasar jauh.

Bermula dengan penghinaan terhadap Islam, mengancam  sesucian Islam oleh G25, Mengancam kesucian Islam dalam sokongan penyokong Islam  dalam LGBT sudah cukup menimbulkan kemurkaan Allah .

Namun kesedran dari akal yang waras mereka kini tepu sehingga Allah memperikan peringatan selama 9 tahun dengan 120 kali musibah banjir yang tidak pernah berlaku mana mana negeri di Malaysia. Penyokong Melayu Islam terus mengkritik cara Islam dan  terus menobatkan kesamarataan yang songsang.

Apakah ini balasan kepada keangkuhan Guan Eng dan pesta arak? Air banjir itu berwarna coklat. Air itu bersalut lumpur.   Dari mana datangnya lumpur? Turun bersama dengan air hujan? Semua rakyat Pulau Pinang harus menyalahkan sikap rakus Guan Eng yang membenarkan semua projek projek mewah di lereng bukit.

Ledakan air sekali gus telah menghuru harakan Pulau Pinang , dalam pada itu juga sikap sombong pemimpin DAP dan penyokong tidak pernah berkurang. Mereka terus menuding jari kepada kerajaan. Banjir itu adalah salah kerajaan .

Begitulah sikap angkuh sombong mereka sehinggakan  musibah yang melanda itu dikaitkan dengan kerajaan Barisan Nasional untuk menutup kegagalan mereka sebagai sebuah kerajaan negeri.

DAP sebuah parti yang GAGAL, manakala Pulau Pinang pula sebuah negeri yang GAGAL, GAGAL menguruskan keselamatan rakyat.GAGAL menguruskan negeri dengan baik sehingga PENARAHAN LERENG BUKIT menyebabkan berlakunya banjir besar dan gagal menguruskan banjir besar ini.

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*