Cincin Di Jari Manis, Rihanna Kini Tunangan Jutawan Arab?

Share This:

Penyanyi terkenal dunia, Rihanna dilaporkan sudah bertunang dengan kekasih jutawannya yang berketurunan Arab, Hassan Jameel.

Menurut sumber Hollywood Life, khabar tersebut diperkuatkan lagi selepas Rihanna dilihat memakai sebentuk cincin di jari manisnya dalam sekeping foto yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Foto: IG Rihanna

Ia dirakam semasa pelantun lagu Umbrella itu meninggalkan Madison Square Garden, New York, selepas menonton persembahan Chris Rock.

Kisah percintaan pasangan merpati dua sejoli ini mendapat perhatian dari peminat seluruh dunia, masing-masing teruja untuk melihat mereka berkahwin.

Malah ada yang begitu yakin mendakwa cincin tersebut memang benar-benar cincin pertunangan Rihanna dengan pewaris perniagaan dan syarikat jenama kereta Toyota di Arab Saudi itu.

Walau bagaimanapun, Hollywood Life turut melaporkan bahawa ada sumber terdekat dengan Rihanna telah menyangkal dakwaan tersebut.

Katanya, Rihanna sengaja memakai cincin tersebut sebagai mesej untuk Hassan cepat-cepat melamarnya.

Memandangkan Hassan beragama Islam, nampaknya Rihanna wajiblah menukar agamanya kan?

Setakat ini masih belum ada pengesahan rasmi dari mereka berdua. Jika benar, apa salahnya, semoga kedua-duanya sentiasa berbahagia.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*