Bigo Satu Aplikasi Yang Amat Jahat- Datuk Mohd Razlan

Share This:

 

Menerusi petikan sebuah akhbar,dalam Perhimpunan Agung UMNO 2017 lalu, Wakil Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Mohamad Rafii menegaskan bahawa anak-anak muda kini terdedah dengan bahaya  dengan kewujudan pelbagai aplikasi media sosial seperti Bigo dan WeChat.

 

“Aplikasi seperti WeChat ini kalau guna cara baik, alhamdulillah. Tetapi, kalau anak muda nak guna WeChat dengan cara tak baik pun boleh”. “Bukan itu saja, ada Tumblr, Bigo… Bigo ini satu aplikasi yang amat jahat.

 

Jahat kerana penggunanya boleh dapat point jika ada perkara curang dilakukan di depan telefon,” katanya ketika membahaskan usul agama dan pendidikan.

 

Sebelum ini pernah tular aksi ghairah sekumpulan remaja perempuan didakwa pelajar sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Pihak berwajib seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) harus memberikan penekanan bagi menyekat aplikasi yang merosakkan anak muda ini sebelum terlambat. Sehubungan itu, katanya Pemuda Umno mahu satu pelan transformasi agenda sosial dibentangkan kepada anak muda.

 

“Kita minta Perdana Menteri untuk tubuhkan satu task force. Seperti di Jepun, kegilaan anak-anak muda mereka diajar tentang sivik, sayang alam sekitar dan jaga kebersihan,” katanya.

 

Justeru, usul yang dibentangkan oleh beliau memberi satu kesedaran ibu bapa yang juga perlu memainkan peranan penting dalam memerhati kelakuan anak dan melihat aplikasi-aplikasi yang di masukkan ke dalam telefon mereka supaya perkara yang tidak diingini berlaku sebelum terlambat.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*