Bas Amphicoach Sudah Dalam Perjalanan Untuk Dihantar Ke Terengganu -Ahmad Said

Share This:

 

Ketika Dato Seri Ahmad Said (BN-Kijal) membahaskan isu amphicoach dalam sidang DUN di Wisma Darul Iman hari ini,semua wakil pembangkang dikatakan langsung tidak mencelah.

 

Tidak seperti semalam ketika mereka dikatakan begitu ghairah menyerang pihak kerajaan berhubung isu amphicoach ini, wakil pembangkang terutamanya PAS dilihat seperti kelu lidah untuk bangun bercakap.

 

Memetik sumber sebuah portal, dalam ucapan bahasnya, Ahmad Said sempat menegur tindakan pihak pembangkang yang sentiasa menyerang pihak kerajaan berhubung pembelian bas jenis Amphicoach ini yang akhirnya merugikan rakyat Terengganu sendiri.

 

“Kalau negara-negara lain seperti Jepun dan Korea juga menggunakan bas ini sebagai salah satu tarikan pelancong, kenapa tidak Terengganu?

 

“Walaupun isu ini dikritik hebat oleh pembangkang, tapi akhirnya mereka sedar akan kepentingan bas ini kepada industri pelancongan negeri selain boleh digunakan untuk membawa mangsa banjir,” katanya.

 

Menurut sumber, Ahmad Said memberitahu beliau telah berjumpa sendiri dengan pembekal bas ketika kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak pembekalan kerana masalah kelewatan.

 

“Saya difahamkan bas itu kini berada di dalam kapal dan sudah dalam perjalanan untuk dihantar ke Terengganu selepas menerima bayaran daripada Kerajaan Negeri. Berlaku sedikit masalah pada awal proses penghantaran kerana berlaku kelewatan pembayaran,” katanya.

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*