Bajet Terengganu 2018: Perkhidmatan MyBas Dijangka Beroperasi Awal Tahun Depan

Share This:

 

Dijangka awal tahun depan Perkhidmatan bas henti-henti Mybas di Terengganu dikatakan akan memulakan operasi yang akan melibatkan 9 laluan.

 

Menurut sumber,Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau negeri, Ir Rosli Othman berkata, untuk permulaan sebanyak 14 laluan telah dikenalpasti tetapi selepas beberapa kajian dijalankan, hanya sembilan laluan sahaja yang diputuskan oleh pihak kerajaan.

 

“Laluan T101 akan melibatkan kawasan Kuala Terengganu, Manir, Gong Badak dan Batu Rakit, laluan T102 (Kuala Terengganu, Seberang Takir, Gong Badak, Jeti Merang) dan T103 (Kuala Terengganu, Tepoh, Padang Maras, Batu Rakit).

 

“Bagi laluan T201 pula melibatkan Kuala Terengganu, Wakaf Tapai dan Kuala Berang; laluan T202 (Kuala Terengganu, Pasir Panjang, Kampung Laut, Bukit Payung), T203 (Kuala Terengganu, Panji Alam, UCSI), T2014 (Kuala Terengganu, Losong, Sungai Rengas, Rawai, Bukit Payung).

 

“Dan laluan terakhir T301 yang melibatkan kawasan Chendering, UiTM Kuala Terengganu dan Marang,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan dari Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (BN-Air Putih) dalam sidang DUN di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

 

Rosli (BN-Kemasik) berkata, satu lagi laluan Mybas yang dikenali sebagai TF100 akan melibatkan kawasan dalam bandaraya Kuala Terengganu sahaja termasuk hospital dan tempat-tempat pelancongan.

 

“Untuk laluan ini, Mybas akan masuk ke kawasan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Pantai Batu Burok, Gong Kapas, pasaraya Giant dan Kuala Terengganu serta Terminal Bas Kuala Terengganu,” katanya.

 

Katanya, perkhidmatan Mybas akan menjalani tempoh percubaan selama 6 bulan dan akan ditambahbaik mengikut kesesuaian.

 

“Untuk perancangan masa depan perkidmatan ini akan diperluas ke daerah-daerah lain seperti Kemaman,” katanya.

 

Perkhidmatan Mybas yang dilaksanakan menerusi Skim Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST) akan dikendalikan oleh MARA Liner Sdn Bhd membabitkan 32 bas termasuk lapan buah bas berkuasa elektrik.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*