Apalah Guna Ada MB Tetapi Menjadi Seperti Kayu?

Share This:

Dalam sistem Beraja, sejak sekian lama, jawatan Mamanda Menteri ataupun lebih kita kenali sebagai Menteri Besar hari ini memberi peranan yang cukup besar buat seseorang Sultan dalam mentadbir sesebuah negeri. Manakan tidak, selain daripada memberi nasihat kepada Duli Tuanku, seseorang Menteri Besar juga bertindak sebagai wakil Paduka Tuanku dan juga menjadi pelindung kepada institusi Beraja.

Namun, dari apa yang kita lihat, apa yang berlaku di Selangor hari ini, Paduka Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah Al Haj seolah-olah dibiarkan keseorangan sehinggakan rakyat biasa pun sudah berani meningkah apa yang dititahkan oleh Baginda. Agak menghairankan, kemana hilangnya wakil Paduka Tuanku Sultan Selangor iaitu Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali dalam mempertahankan Baginda?

Sehingga hari ini, Azmin nampaknya lebih selesa untuk mendiamkan diri disaat Sultannya diperlekehkan oleh ketuanya di dalam Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad dan rakannya dari DAP, Datuk Zaid Ibrahim. Azmin langsung tidak tampil untuk membela maruah Paduka Tuanku Sultan Selangor dan lebih memburukkan keadaan, barisan Exconya juga memilih untuk menjadi kayu dan batu.

Sepatutnya, dalam kes seumpama ini, Azmin perlu tampil kehadapan membela maruah Sultannya dari terus diinjak oleh mereka yang hanya memandang kuasa politik tanpa memperdulikan institusi Beraja yang diamalkan sejak turun temurun. Malah, sepatutnya selaku orang kepercayaan Paduka Sultan, Azmin harus mengeluarkan kenyataan membidas sikap Mahathir dan Zaid yang majoriti kaum Melayu menganggap sebagai biadab dan kurang ajar.

Justeru, tidak hairanlah dalam satu titah Paduka Tuanku Sultan Sharifuddin Idris Shah baru-baru ini, Baginda ada menyebut nama bekas Menteri Besar Selangor, tan Sri Khlaid Ibrahim dan nama Azmin hilang begitu sahaja. Malah, jika dilihat dari segi persahabatan, Baginda Sultan Sharifuddin Idris Shah leboh senang bersama Tan Sri Khalid daripada Azmin sendiri.

Isyarat ini mudah untuk kita fahami apabila Paduka Tuanku masih terasa hati dengan apa yang berlaku sewaktu peristiwa Langkah Kajang yang menyaksikan Tan Sri Khalid dipecat dari jawatannya sebagai Menteri Besar dan digantikan dengan Azmin. Lebih mendukacitakan Baginda Tuanku apabila, orang yang menggantikan Tan Sri Khalid sendiri seperti tidak mahu mempertahankan Kedaulatan Baginda di Selangor.

Cukup menyedihkan buat seorang yang dianggap sebagai payung bagi kerajaan negeri Selangor. Di saat Baginda menyambut Ulangtahun Keputeraan Baginda baru-baru ini, kerajaan yang dibentuk oleh Pakatan Harapan di Selangor seolah-olah membiarkan Baginda keseorangan dalam banyak hal sehinggakan orang seperti Zaid Ibrahim dan Mahathir boleh memperkotak katikkan Kedaulatan Baginda Sultan Sharifuddin Idris Shah Al Haj.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*