YB Pas Puji Bajet Terengganu 2018 Dirangka Penuh Teliti

Share This:

 

Mengenai Bajet Terengganu 2018 , Ahli Undangan Negeri (ADUN) Ladang YB Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar telah memberikan pujian terhadap Bajet yang dibentangkan yang  oleh Menteri Besar Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman hari ini.

 

Menurut beliau, bajet itu lengkap dengan 60 touch point yang dirangka penuh teliti sekaligus bakal memberi manfaat kepada rakyat secara langsung dan tidak langsung.

 

‘Bajet dibentang secara very detail 60 points nampaknya satu-persatu nampak kerajaan beri attention kepada kecil-kecil which is good untuk rakyat jugak sebenarnya dan kerajaan tahu apa sebenarnya nak buat (laksanakan)’ katanya selepas pembentangan Bajet Terengganu 2018 di DUN hari ini.

 

Pagi tadi Ahmad Razif telah membentangkan belanjawan yang bertemakan ‘Masa Hadapan Yang Lestari’ dengan nilai peruntukan sebanyak RM1.996 bilion yang meliputi semua peringkat termasuk menyediakan keperluan dan kemudahan untuk rakyat bagi mengurangkan bebanan dan yang menyumbang ke arah kesejahteraan kehidupan rakyat. – www.Terengganu.News

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*