Vaan Gaal Cemuh Mourinho

Share This:

BEKAS bos Manchester United mengkritik Jose Mourinho.

Louis Van Gaal menganggap taktik pengurus terkini United itu amat membosankan.

Van Gaal yang masih ‘berkecil hati’ dengan tindakan dipecat pada 2016 mendakwa gayanya lebih menarik ketika berada di Old Trafford.

“Kita bermain bola sepak dan semuanya betul. Tetapi bola sepak bukanlah yang dihargai di England.

“Sekarang tengok United, saya merasakan Mourinho tidak dikritik apabila menunjukkan bola sepak yang membosankan.

“Apa yang United hasilkan sekarang adalah ‘bola sepak bertahan’.

“Saya sentiasa bermain bola sepak dengan menyerang. Buktinya adalah apabila pihak lawan ‘hanya meletakkan bas sahaja’. Mereka tidak melakukan itu kerana Mourinho bermain bertahan,” ujarnya kepada Fox Sports di Belanda.

Corak permainan Mourinho dikritik apabila tewas kepada 2-1 pesaing terdekat Manchester City semalam (Isnin) sekalugus melebarkan jarak sebelas mata di antara kedua-dua pasukan.

“Dia bukan seorang yang ‘dahsyat’. Saya fikir dia seorang lelaki yang simpati. Dia adalah pembantu saya ketika di Barcelona.

“Saya pernah bekerja dengannya dan apa yang Mourinho lakukan sekarang adalah perkara biasa dalam bola sepak.”

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*