Takut Lagu Tak Laku, Aliff Syukri Pujuk Isteri Ganti Sajat?

Share This:

“Yang, tolonglah nyanyi lagu dengan Bie…”


Itulah rayu jutawan kosmetik terkemuka Datuk Aliff Syukri dalam video terbaru beliau yang tular di media sosial sejak beberapa hari yang lalu.


Gara-gara lagu “Abang nak tegur” yang setakat ini mendapat 259k dislike di laman youtube,Datuk Aliff akhirnya mengalah dengan komen para netizen yang rata-rata mahu Datin Shahida menggantikan Sajat sebagai teman duet untuk lagu itu.

Dalam video tersebut, Datuk Alifft berada di Sepanyol untuk pembikinan muzik video lagu itu bersama Sajat, dilihat terdesak memujuk isterinya itu berduet dengannya.


Yelah, duit dah habis beribu shooting sampai ke luar negara, mahu tak risau kalau klip video itu juga mendapat banyak dislike dan kecaman dek kerana suara Sajat.


Saksikan video Datuk Aliff memujuk isteri beliau tersebut di bawah.

 

Apa yang merumitkan lagi keadaan, Datin Shahida buat masa ini masih lagi enggan berduet dengan suaminya dan masih lagi mempertimbangan pujukan suami tersayangnya itu.


Namun apa yang melucukan ialah komen para netizen yang boleh pecah perut dibuatnya.




Buat Datuk Aliff, semoga bertabahlah, lain kali pilih pasangan duet tu betul-betul, kan dah pening kepala sekarang

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*