Saguhati RM5,000 : Rahsia Asal Usul Kit Siang Mesti Dibongkar Segera

Share This:

Badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) dalam satu kenyataan media semalam, menawarkan saguhati wang tunai bernilai RM5,000 kepada sesiapa sahaja yang dapat menunjukkan di mana kubur ibu dan bapa Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Presidennya, Ramesh Rao dalam satu kenyataan berkata orang yang akan menerima wang itu perlu memberitahu maklumat tepat di mana terletaknya kubur ibu dan bapa Ahli Parlimen DAP-Gelang Patah itu kerana pemimpin DAP itu tidak pernah memaklumkan perkara berkenaan kepada sesiapa pun.

“Kami NGO PMSP menawarkan saguhati sebanyak RM5,000 kepada sesiapa yang boleh menunjukkan kepada kami di mana makam atau kubur ibu dan bapa Lim Kit Siang,” kata Ramesh dalam satu video yang disiarkan oleh portal Suara TV.

Sebelum ini, Ramesh berkonflik dengan Kit Siang dalam isu tempat kelahirannya yang dinyatakan berbeza-beza di pelbagai platform di media sosial, dalam wawancara beliau.

Ada percanggahan di laman web Wikipedia apabila dinyatakan di situ bahawa Kit Siang dilahirkan di Batu Pahat, Johor tetapi di bahagian lain di ruangan sama, Kit Siang dikatakan sampai ke Tanah Melayu pada tahun 1957 iaitu pada tahun kemerdekaan Malaysia.

Selepas itu, ada banyak kali Ramesh mempersoalkan Kit Siang dan meminta beliau menerangkan di hospital mana dia dilahirkan di Batu Pahat serta tunjukkan di mana lokasi kubur ibu dan bapanya, tapi semua itu tidak dilayan.

“Kali ini kita minta sesiapa sahaja yang tahu maklumat ini boleh maklumkan kepada kita di mana lokasi kubur ibu dan bapa Kit Siang dan kita akan berikan saguhati RM5,000 ini.

“Dalam semua rakyat Malaysia, mesti ada yang tahu di mana kubur ibu dan bapa Kit Siang dan kita minta dia datang kepada kami dan tunjukkan kepada kami di mana kubur itu,” kata Ramesh dalam satu kenyataan berbeza hari ini.

Menurut beliau, perkara itu penting kerana asal usul Kit Siang boleh membuatkan rakyat tahu apakah matlamat sebenar perjuangan politik Lim Kit Siang di dalam negara kerana selama beliau berjuang, Kit Siang banyak mencetuskan kontroversi perkauman seakan-akan beliau tidak ada semangat perpaduan dan patriotisme dalam politik di negara ini.

“Sehingga ke hari ini, Kit Siang masih berahsia dengan semua orang tentang asal usulnya, Selagi beliau berahsia selagi itu orang tertanya-tanya mengapa beliau begitu berahsia tentang perkara sebegitu, adakah Lim Kit Siang ada agenda lain di negara ini,” kata Ramesh.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*