Real Madrid Sedia Pertahan Kelab Dunia Fifa

Share This:

REAL Madrid berlepas ke Abu Dhabi dalam usaha mereka untuk mempertahankan gelaran Kelab Dunia Fifa.

Pasukan di bawah pengurus Zinedine Zidane kelihatan bersemangat semasa menaiki penerbangan pada Ahad selepas menang 5-0 ke atas Sevilla dalam perlawanan La Liga, Sabtu.

Pasukan Los Blancos merupakan kelab pertama Eropah mempertahankan trofi Kelab Dunia Fifa sejak penubuhannya pada 2000.

Malah ia menjadi satu-satunya pasukan yang turut memenangi gelaran Liga Juara-Juara selepas Kelab Dunia Fifa.

Cristiano Ronaldo dan Sergio Ramos bergambar bersama semasa skuad itu menaiki pesawat Emirates.

Ronaldo berharap untuk menambah lagi kemenangan selepas beberapa hari kemenangannya merangkul anugerah Ballon d’Or buat kali kelima.

Los Blancos akab menentang pasukan Al Jazira pada Rabu sebagai permulaan mereka untuk mempertahankan gelaran Kelab Piala Dunia. – Mail Online

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*