Rafizi Sengaja Mengundang Tindakan Saman Untuk Selalu Keluar Penjara Nanti

Share This:

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli kini nampak semakin bodoh apabila seakan-akan sengaja mengundang tindakan saman apabila memfitnah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan. Rafizi yang merupakan seorang Ahli Parlimen PKR-Pandan menuduh Abdul Rahman memberikan kontrak penganjuran Eksp Negaraku 2017 kepada syarikat abangnya.

Lebih bodoh ialah Rafizi sendiri menyatakan bahawa beliau ada siasat sendiri maklumat berkenaan sebelum dimuatnaik menjadi status Facebooknya. Selepas kantoi dan dikecam para netize, Rafizi memadam semula status berkenaan tetapi sempat dijadikan screenshot oleh Abdul Rahman.

Dalam fitnah itu, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat PICO Intergrated Exhibit Sdn Bhd, Raslan Dahlan didakwa abang kepad Menteri itu oleh Rafizi.

“Sekali lagi Rafizi secara sengaja merekacipta satu pembohongan besar dalam kerakusan beliau untuk memfitnah saya, kerajaan BN dan Datuk Seri Najib Razak.

“Ini membuktikan Rafizi adalah seorang pembohong tegar bersiri (compulsive serial liar) yang tidak pernah takut kepada Allah.

“Saya akan berbincang dengan peguam saya dalam masa yang terdekat ini untuk tindakan undang-undang seterus terhadap pembohong tegar bersiri bernama Rafizi Ramli ini,” kata Abdul Rahman berkenaan kes berkenaan.

Sebenarnya, Rafizi melakukan perkara itu kerana mahu mengikut jejak langkah bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berpeluang keluar penjara banyak kali menghadiri perbicaraan saman di mahkamah. Dapat keluar sekejap-sekejap pun jadilah, boleh bertemu dengan keluarga dan rakan politik.

Pada 23 Ogos 2017, Mahkamah tolak rayuan Rafizi untuk mengetepikan hukuman 18 bulan penjara kerana kesalahan membocorkan maklumat rahsia audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Keputusan dibuat oleh Hakim Datuk Azman Abdullah. Rafizi melakukan kesalahan itu dalan satu sidang media pada Mac tahun lepas.

Proses rayuan akhir Rafizi akan ditentukan di peringkat Mahkamah Rayuan nanti. Nasib Rafizi memang tragis kerana jika hukuman penjara itu dikekalkan nanti, beliau tidak boleh lagi bertanding dalam sebarang pilihan raya dan statusnya sebagai Ahli Dewan Rakyat akan dilucutkan.

Tindakan fitnah Rafizi ke atas Abdul Rahmad memang disifatkan sebagai satu tindakan bodoh termasuk siasatan yang kononnya dilakukan Rafizi juga bodoh. Kenyataan beliau bahawa beliau ada menyiasat butiran Raslan adalah satu pembohongan padahal sebaik mengetahui nama Raslan berbinkan nama sama dengan bapa Abdul Rahman, Rafizi tanpa berfikir panjang terus memuatnaik status berkenaan untuk ditularkan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*