Pereka Fesyen Muslim Reka Selendang LBGT

Share This:

 

Pengaruh LGBT hari ini semakin membimbangkan apabila mereka cuba mempengaruhi minda masyarakat untuk menerima dan mengiktirafkan bahawa golongan LGBTIQ wujud dalam semua agama termasuklah Islam apabila seorang pereka fesyen telah menghasilkan selendang berwarna pelangi bagi menunjukkan sokongan kepada undang-undang perkahwinan sejenis di Australia baru-baru ini.

 

Menurut laporan sebuah akhbar, Syarikat MOGA, sebuah jenama fesyen yang menjual secara runcit atas talian milik negara Australia telah mengeluarkan selendang tersebut demi sokongan kepada hak asasi LGBT dan dinamakan selendang ‘Pride’.

 

Pengasas MOGA Azahn Munas berkata, “Seperti rekaan-rekaan kami sebelum ini, selendang Pride boleh dipakai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira warna kulit, agama kepercayaan atau orientasi seksual.”

 

Dakwanya lagi, “Untuk mempertontonkannya (kepada orang ramai), kami bahkan melilitnya sebagai hijab, pertama sekali dalam dunia, demi mengiktiraf bahawa golongan LGBTIQ wujud dalam semua agama termasuklah Islam, sebuah agama yang paling homophobia sekali dalam dunia.

 

Menyedihkan.” Syarikat MOGA sememangnya dikenali sebagai sebuah syarikat yang membuat kenyataan bersifat politik melalui hasil rekaan mereka.

 

Sebelum ini, MOGA menghasilkan sebuah koleksi Australia Day yang mempromosi kepelbagaian.

 

Baru-baru ini Parlimen Australia meluluskan undang-undang perkahwinan sejenis dengan undian sebulat suara tanpa sebarang pindaan. Undang-undang tersebut akan mula berkuat kuasa pada bulan Januari 2018.

 

Persoalannya,adakah masyarakat islam di Malaysia juga mahu turut terlibat sama menyokong agenda DAP yang dikatakan mahu menerima golongan ini yang akhirnya meluluskan undang-undang perkahwinan sejenis ini?

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*