Otamendi Benam Man United, Man City Pecah Rekod

Share This:

DUA kesilapan pertahanan menyaksikan Manchester United tewas 1-2 kepada Manchester City di Old Trafford, awal pagi Isnin.

Ia menyaksikan kemenangan ke-14 dalam Liga Perdana Inggeris berturut-turut buat pasukan Pep Guardiola.

Kegagalan pemain Romelu Lukaku menyebabkan Davis Silva membolosi gawang Manchester United pada minit ke-43.

Bagaimanapun, dua minit kemudian Marcus Rashford menyamaikan kedudukan dengan 1-1.

Manchester United mempunyai peluang keemasan apabila Lukaku dan Juan Mata diberikan tendangan jarak dekat, tetapi ditangkas oleh Ederson.

Nicolas Otamendi pula menambah jaringan buat Manchester City pada minit ke-54 dan keputusan kekal sehingga ke akhir permainan.

Manchester City memecah rekod apabila mendahului kedudukan Liga Perdana Inggeris dengan lebihan 11 mata menerusi kemenangan ke-14 berturut-turut.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*