Najib Tweet Kejayaan Malaysia Di PBB

Share This:

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan penerimaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap resolusi menangkis penyebaran fahaman ekstremisme dan radikalisasi, sebagai satu kejayaan untuk Malaysia.

“Alhamdulillah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerima resolusi Malaysia untuk menangkis penyebaran fahaman ekstremisme dan radikal menggunakan pendekatan kesederhanaan.

“Satu lagi kejayaan bersejarah buat #Negaraku,” katanya dalam catatan di laman Twitternya @NajibRazak

Resolusi itu yang merupakan inisiatif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) diterima dalam Sesi ke-72 Perhimpunan Agung PBB di New York, Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lepas.

Antara kandungan resolusi itu adalah pengumuman tahun 2019 sebagai Tahun Kesederhanaan Global dalam usaha menggerakkan gelombang suara kesederhanaan menerusi promosi dialog, nilai toleransi dan usaha ke arah kerjasama yang lebih erat di kala­ngan masyarakat antarabangsa.

Resolusi itu dibentangkan oleh Wakil Tetap Malaysia ke PBB di New York, Datuk Seri Mohd Shahrul Ikram Yaakob pada September lepas.

Ia diterima melalui undian oleh 135 negara anggota PBB kecuali Amerika Syarikat dan Israel yang telah menentang serta tiada negara yang berkecuali.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*