Muka Nampak Menyeramkan, Syura Diserang Penyakit Misteri ?

Share This:

Syura, bekas bintang GegarVaganza 4 (GV4) tidak menyangka sakit yang dialaminya selama ini merupakan penyakit misteri sehingga menyebabkan dia muntah, hilang suara dan berasa kebas sebelah badan.


Dia mula perasan tentang gejala yang dialaminya ketika Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, pakar motivasi terkenal menegurnya seperti ada sesuatu yang tidak baik pada dirinya.

Foto: IG Syura

“Saya memang perasan dalam beberapa minggu ini suara saya pasti hilang setiap kali waktu pagi.

“Kadang-kadang saya juga alami ‘migraine’ dan secara tiba-tiba kebas sebelah badan.

“Mula-mula tak ambil peduli sebab saya sangkakan itu salah satu tanda-tanda penat berlebihan.


“Tetapi bila ditegur oleh Datuk Fadzilah Kamsah selepas terserempak beberapa minggu lalu membuatkan saya kembali terfikir.

“Datuk ada bertanyakan sama ada saya mengalami mimpi buruk atau rasa pelik, selain itu dia juga memberitahu rasa seram melihat saya,” katanya kepada Astro Gempak.

Foto: Astro Gempak

Dia juga berkata, kawan-kawan rapatnya terlebih dulu memberitahu perkara yang sama sebelum datuk pula menegur akan perubahan dirinya yang kelihatan seram dan tidak berani untuk ditegur.


Syura juga mendedahkan bahawa penyakit misteri itu dialaminya sejak bulan September ketika merakamkan lagu di Indonesia.


Penyakit itu telah menyebabkan berat badannya turun sehingga 12kg walaupun dia makan seperti biasa.

Foto: IG Syura

“Memang sebelum ini saya berhasrat untuk pergi berubat namun disebabkan kekangan masa dan sibuk dengan GV 4, saya tangguhkan niat itu.

“Jadi selepas ini saya akan teruskan perancangan saya untuk bertemu pakar dan berubat,”jelasnya.


Kasihan melihat keadaan Syura. Harap Syura tabah melalui dugaan ini dan diberi kesembuhan secepat mungkin. 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*