Mahathir Pulangkan Darjah Kebesaran Umpama Hina Kerajan Negeri Selangor

Share This:

Langkah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir Mohamad memulangkan darjah dan pingat kebesaran Sultan Selangor pada 7 Disember lepas secara tidak langsung menunjukkan Mahathir menghina Insititusi Raja di Selangor dan satu tamparan hebat buat kerajaan negeri yang dipimpin pakatan diketuai Menteri Besar, Azmin Ali.

Semuanya angkara perbuatan Mahathir yang menghina asal usul darah keturunan Bugis sehingga membuatkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah murka, sedih dan kecewa kerana baginda adalah berketurunan Bugis.

Bukan sahaja Mahathir enggan meminta maaf sebaliknya bersikap biadab dengan memulangkan semula bintang dan darjah kebesaran yang diberikan kepada beliau dan isterinya Siti Hasmah Mohd Ali. Dalam anugerah istana, difahamkan tiada istilah memulangkan semula sebaliknya hanya ia boleh ditarik balik oleh pihak istana.

Tindakan Mahathir mahu menunjukkan kepada orang ramai bahawa kononnya beliau tidak memerlukan gelaran berkenaan dari Istana Selangor padahal kisah sebenarnya ialah Mahathir sudah melakukan perbuatan yang terkutuk kerana menghina keturunan orang lain.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar juga mengaku bahawa baginda turut terasa dengan kenyataan Mahathir itu yang mengaitkan Bugis berketurunan lanun.

“Saya terasa juga. Saya keturunan Bugis, Sultan Selangor keturunan Bugis, Rakyat Johor banyak keturunan Bugis.

“Asal usul saya pun dari Riau Lingga. Banyak Bugis. Apa rasa orang Bugis,” titah Sultan Ibrahim Iskandar, seperti dilaporkan Berita Harian.

Orang ramai kini sedang menunggu Mahathir untuk memulangkan pula bintang dan darjah kebesaran dari negeri Johor kerana kenyataan itu turut mengguris hati baginda Tuanku Sultan Ibrahim.

Janganlah Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri memilih bulu pula hendak tunjuk kurang ajar. Mahathir menerima darjah dan bintang dari Sultan Selangor pada tahun 1978 dan 2003. Sepatutnya Mahathir kena pulangkan juga darjah dan bintang kebesaran dari Johor kerana beliau turut menghina asal usul keturunan Diraja negeri selatan tanah air itu.

Kini, ramai netizen bertanya-tanya kepada Mahathir bilakah beliau akan memulangkan semula darjah kebesaran negeri Johor.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*