Mahathir Patutnya Pulangkan Gelaran Tun

Share This:

Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad diketahui ada rasa dendam dan marah kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana cita-cita peribadi politiknya tidak dapat dipenuhi. Jika demikian, mengapa pula Mahatir dan isterinya, Dr Siti Hasmah Mohd Ali memulangkah darjah kebesaran yang diberi oleh Istana Selangor? bukannya memulangkan darjah kebesaran yang diberikan oleh Persekutuan.

Sepatutnya Mahathir memulangkan darjah kebesaran di peringkat Persekutuan iaitu Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang diterimanya pada Oktober 2003 yang membawa gelaran Tun. Ia dianugerahkan ketika bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

Beliau menerima darjah kebesaran itu selepas 22 tahun menjadi Perdana Menteri tetapi kini diketahui pada masa itu banyak perkara berlaku melibatkan skandal dan salah guna kuasa oleh Mahathir yang kini terbongkar satu demi satu.

Hari ini, pihak Istana Selangor mengesahkan bahawa Mahathir dan isterinya sudah memulangkan darjah dan bintang kebesaran itu dalam satu kenyataan oleh Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafiah Jais.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima pemulangan kembali darjah berkenaan.

Mahathir memulangkan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkamah Selangor (SPMS) dan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) manakala Dr Siti Hasmah memulangkan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) dan SPMS.

Baginda sebelum ini ada bertitah mengeluarkan kenyataan bahawa baginda murka dan amat kecewa dengan kenyataan Mahathir yang baru-baru ini cuba menghasut rakyat Malaysia untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.

Difahamkan, ada netizen yang mempunyai maklumat bahawa Sultan Selangor sudah merancang untuk menarik balik darjah dan bintang kebesaran itu tetapi Mahathir lebih dahulu memulangkannya untuk mengelak malu apabila pihak Istana Selangor melucutkan penganugerahan itu. Jika benar-benar tidak mahu lagi memegang gelaran, Mahathir dicabar pulangkan darjah kebesaran Tun yang diberikan.

Pemulangan darjah kebesaran Sultan Selangor ini juga mungkin dilihat sebagai penghinaan Mahathir kepada kerajaan PKR Selangor kerana PKR adalah parti dalam Pakatan Harapan (PH) yang diketuai Mahathir sebagai Pengerusi. Mahathir mungkin ada mesej tersirat hendak disampaikan kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali kerana ekoran beberapa masalah, Azmin mungkin menyebabkan pakatan tewas teruk pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Mahathir perlu pulangkan gelaran Tun jika mahu berjuang benar-benar tampak seperti pejuang marhaen, jangan pulangkan gelaran tertentu kerana marah atau sudah kantoi cuba bawa masalah.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*