Jururawat Hamil Ditendang Sehingga Keguguran

Share This:

 

Seorang jururawat hamil di tendang oleh seorang wanita dipercayai ibu kepada  seorang kanak-kanak yang dirawat apabila dilihat melalui sebuah rakaman video.

 

Akibat daripda itu, suami suspek yang merupakan pegawai kanan pengurusan bandar di tengah China itu telah dipecat.

 

Jururawat berkata dia diserang oleh ibu seorang budak lelaki berusia 4 tahun ketika dia cuba memberi suntikan kepada anaknya di sebuah hospital di daerah Tongshan, Hubei, pada hari Jumaat, surat kabar tempatan Chutian Metropolis Daily melaporkan.

 

Menurut sumber,dalam video yang disebarkan secara dalam talian, kedua-dua wanita itu dilihat mengherdik serta kelihatan menarik rambut jururawat tersebut.

 

Jururawat itu berusia 38 tahun, kandungan dia berusia kira kira enam minggu pada masa itu. Akibat serangan ibu kepada anak tersebut, jururawat rebah di lantai dan menyebabkan dia keguguran, jururawat segera di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

 

“Ibu kanak-kanak itu marah selepas jururawat memberitahu anak dia untuk berhenti mengerakkan tangan nya sambil dia menyiapkan peralatan serta ubatan untuk di suntikan pada anak nya”, Katanya.

 

Sewaktu memberi suntikan, kanak-kanak itu menjerit kesakitan membuatkan ibu kepada anak tersebut memarahi jururawat, kedua-dua wanita itu mula berdebat tetapi ibu kepada anak itu menolak jururawat serta menendang di bahagia perut, kata laporan itu.

 

Suami kepada ibu itu di kenali sebagai Xu lianglu adalah ketua pasukan Chengguan Tongshan (Pasukan Pengurusan Bandar).

 

Walaupun dia tidak terlibat dalam insiden tersebut, beliau dibuang kerja, pegawai daerah mengumumkan dalam satu kenyataan pada hari Ahad. Pegawai tersebut tidak mengulas lanjut mengenai isu tersebut.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*