Jangan Terperangkap Momokkan Nostalgia Palsu Pembangkang

Share This:

Untuk bergerak ke depan menuju masa depan yang lebih maju, orang ramai tidak seharusnya masih terkenang sehingga terbawa-bawa dengan nostalgia lama yang bersifat dongeng semata-mata apatahlagi nostalgia lampau yang dimomokkan oleh pembangkang sebagai masa kegemilangan negara.

Ketua Putera MIC Bahagian Rasah Dineshwaran T Rajagopalu dalam satu kenyataan berkata beliau berpandangan sebegitu selaras dengan pesanan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda UMNO, ketika Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) yang lepas bahawa kita tidak patut terbawa-bawa dengan momokkan nostalgia sedemikian.

“Tidak salah kita mengimbau semula kenangan-kenangan lampau, tetapi ia tidak boleh dijadikan alat untuk menidakkan perkembangan masa kini,” katanya.

Dineshwaran yang juga Penasihat Putera MIC Bahagian Teluk Kemang berkata nostalgia bersifat dongeng ini amat bahawa kerana ia boleh membawa kepada kemusahan perkembangan sesebuah komuniti kerana orang ramai boleh terbawa-bawa bukan dengan realiti.

Beliau mengambil contoh kaum India yang dahulunya berasal dari golongan pekerja ladang dan estet tetapi dengan perkembangan komuniti sekarang, ia telah bawa banyak perkembangan positif kepada kaum India.

“Sebagai contoh, komuniti yang sekian lama di bahagian perladangan telah berkembang maju menjadi komuniti yang amat profesional, sebagai contoh nama-nama yang sinonim dengan perkembangan Malaysia seperti Orang Terkaya di Malaysia, Tan Sri Ananda Krishnan, CEO rangkaian restoran dan syarikat Lotus, Datuk Doraisingam Pillai, dan Usahawan Malaysia serta Pengasas Syarikat Tune Air Sdn Bhd, Tan Sri Tony Fernandes dan ramai lagi.

“Ramai juga dari lapisan masyarakat bumiputera yang turut berkembang maju menuju kemajuan politik, ekonnomi dan pendidikan seperti kata KJ, lihat sahaja kepada media sosial,” kata Dineshwaran yang juga Pengerusi Persatuan Kepimpinan Pendidikan Graduan.

Menteri Belia dan Sukan dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin

Menurut Dineshwaran, apabila orang ramai yang menyokong kerajaan mematahkan hujah serta menepis fitnah pembangkang, ada sahaja anak muda yang bertindak mempertahankan pembangkang dengan berkata. “Kini ada pakatan Tun M, zaman beliau berkuasa, hebat-hebat belaka,”.

Inilah nostalgia dongeng yang dimaksudkan dan perlu ditangkis dan ditentang kerana ia memberikan gambaran seolah-olah keadaan yang dahulu lebih baik daripada apa yang dinikmati sekarang.

“Apa akan berlaku jika masyarakat rakyat Malaysia hanya memikirkan masa lampau dan masih tidak bersedia untuk berkembang maju dengan negara-negara membangun yang lain?

“Kita akan ketinggalan dengan khayalan dongeng sahaja, dulu ayah saya pernah ceritakan tentang Mee yang berharga 50 sen, ada yang masih mahukan harga mee murah, sudah lupakah kita masa itu kita tidak ada high speed internet, telefon pintar, televisyen pintar, MRT, LRT, kereta bertekonologi tinggi, pendidikan merentasi benua, kerajaan digital, senarainya tidak akan tamat di sini,” katanya.

Dineshwaran berkata, zaman ini sudah banyak perkara yang berkembang tapi ramai pengundi muda masih terperangkap dengan momokkan parti pembangkang yang mahu rekod lama mesti diingati semula.

“Ada yang kata kenapa perlu dikorek cerita lama, tak perlu diungkit sejarah lalu.

“Penaakulan mantik sedemikian yang perlu kita perjelas dan hapuskan.

Janganlah kita membiarkan diri hanyut dibuai nostalgia dongeng tatkala terdongak kagum melihat Menara Berkembar, lantas percaya bahawa Malaysia lebih makmur pada zaman itu,” tegas Dineshwaran.

Menurutnya lagi, pembangunan sebenar terletak di pembangunan modal insan seperti yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Tiada gunanya infra jika kita masih kalut memikirkan benda-benda lampau,” kata Dineshwaran.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*