Fitnah Jam Tissot Dan Raslan Dahlan Bukti Pembangkang Dah Bankrap Isu

Share This:

PEMBANGKANG yang diketuai DAP sentiasa menggunakan pendekatan fitnah dalam usaha untuk menarik perhatian pengundi. Kebiasaannya mereka akan kitar semula fitnah-fitnah lama sekiranya gagal mencipta fitnah baharu.

Dalam keadaan terdesak mencipta fitnah terbaru, pembangkang cuba menghangatkan suasana yang semakin dekat dengan Pilihan Raya Umum ke 14(PRU14) dengan tuduhan palsu jam tissot dan Raslan Dahlan. Ini membuktikan bahawa pembangkang telah bankrap idea.

Keterujaan ahli-ahli UMNO menghadiri Perhimpunan Agung ke 71 dilihat mengundang perasaan tidak senang dikalangan pembangkang yang dipimpin DAP. Jumlah perwakilan UMNO yang hadir lebih kurang 5730 orang namun kehadiran ahli UMNO jauh lebih ramai sehingga mencecah puluhan ribu. Mereka sanggup bersila di hadapan skrin-skrin besar di sekitar PWTC untuk sama-sama meraikan perhimpunan tersebut.

Pembangkang mencipta fitnah kononnya setiap perwakilan UMNO mendapat jam berjenama Tissot yang dipaterikan dengan perkataan “Setia Kawan Bersama PM”. Dua gambar dengan spekulasi yang mengatakan setiap perwakilan UMNO mendapat jam berjenama Tissot yang dipaterikan dengan perkataan “Setia Kawan Bersama PM” itu tular di media sosial.

Beberapa perwakilan PAU 2017 yang ditemui menafikan menerima jam tersebut. Hakikatnya pemberian jam tissot tersebut merupakan fitnah terdesak pembangkang yang sudah bankrap idea.

Menurut beberapa penganalisis politik, jam tersebut berkemungkinan diberikan kepada sahabat-sahabat dan teman-teman seperjuangan Datuk Seri Najib Tun Razak sezaman Pemuda UMNO dahulu dalam satu majlis di Putrajaya.

Mereka merupakan sahabat-sahabat yang Datuk seri Najib boleh bergantung harap untuk mempertahankan beliau bukan sahaja sebagai Presiden UMNO tetapi juga sebagai seorang sahabat yang telah dikenali berpuluh tahun lamanya.

Beliau berharap dapat mengekalkan tali silaturrahim yang telah terjalin sekian lama, terus setia dalam persahabatan, ikhlas dalam perjuangan dan sumpah setia mereka untuk UMNO, untuk bangsa dan untuk negara.

Tuduhan mengatakan jam Tissot tersebut diberikan kepada semua perwakilan sememang satu fitnah yang berniat jahat.

Belum pun reda isu fitnah jam Tissot, Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli muncul pula dengan fitnah baru.

Rafizi memfitnah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan memberikan kontrak pelaksana Ekspo Negaraku kepada syarikat abang sendiri. Rahman Dahlan dan Ketua Pegawai Eksekutif PICO Integrated Exhibit Sdn Bhd, Raslan Dahlan atau nama sebenarnya, Nooraslan Md Dahlan, tidak ada pertalian keluarga pun.

Dalam sidang media Rafizi yang disiarkan secara langsung menerusi akaun Facebook rasminya, mendakwa Raslan Dahlan adalah abang atau saudara kepada Abdul Rahman. Beliau dengan sombong mengulangi pertuduhan sama sebanyak sembilan kali. Selepas kira-kira 10 minit video itu dimuat naik di Facebooknya, rakaman itu dipadamkan.

Justeru itu, Rahman Dahlan berkata, beliau akan berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi yang disifatkannya ‘pembohong besar’.

Tindakan undang-undang perlu diambil berikutan perbuatan Rafizi yang sengaja merekacipta pembohongan besar kerana rakus untuk memfitnahnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tuduhan liar dan tidak berasas itu membuktikan Rafizi adalah seorang ‘compulsive serial liar’ (pembohong tegar bersiri) yang tidak pernah takut kepada Allah.

Pembangkang dan fitnah bagaikan isi dengan kuku.

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*