Fatin Afeefa Nafi Muat Naik Foto Cium Mulut

Share This:

Kasihan kami melihat Fatin Afeefa yang pada tahun ini sering kali menjadi mangsa buatan orang. Jika dahulu beliau mendakwa pernah disihir, terbaru beliau sekali lagi terpalit kontroversi individu yang tidak bertanggungjawab.

Memetik sumber dari MStar OnlineFatin Afeefa akui terkejut dengan kewujudan sekeping foto menunjukkan seorang wanita sedang bercium yang dikatakan mirip wajahnya tersebar di laman sosial.

“Saya tak tahu tentang foto tersebut dan itu bukan saya. Gila ke saya nak buat benda begitu kemudian post di Instagram. Sejujurnya, dua minggu lalu saya ada dengar fasal isu ini tapi saya tak tengok lagi gambar itu dan tak tahu siapa wanita mirip wajah saya.”

“Seingat saya, hujung bulan lalu, Instagram saya tidak boleh diakses dan hanya boleh digunakan semula pada pagi hari keesokannya. Tetapi, tak ada pula foto cium tersebut, pelik!,”

Semalam, satu artikel pada ruangan gosip sebuah akhbar tempatan semalam telah memaparkan penyebaran foto seorang wanita yang dipercayai pelakon berstatus janda bercium dengan kekasih.

Menurut artikel tersebut, foto tersebut dipadam beberapa saat selepas dimuat naik.Bagi Fatin,beliau tidak menolak ada individu yang cuba menfitnah dirinya berdasarkan kenyataan yang diberi dalam artikel tersebut.

“Saya rasa ada yang cuba nak jatuhkan saya dengan buat fitnah begini. Saya dah baca gosip tersebut dan kenyataan yang diberi seperti cuba merujuk kepada saya. Daripada cerita sumber tersebut, dia seolah-olah tahu di mana rumah saya, apa yang saya lakukan terhadap anak dan sebagainya”

“Saya tahu ini kerja siapa. Tapi tak apa, saya bersabar dahulu. Kalau dia melampau batas, saya tak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah,”

Terdahulu Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 dan bercerai dengan talak satu pada 30 Mei lalu.Semoga Fatin akan terus tabah dan bersabar dengan pelbagai kontroversi yang melibatkan dirinya pada tahun ini.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*