Budak 6 Tahun Jadi Jutawan

Share This:

USIANYA baru mencecah enam tahun, tetapi akaun banknya bertambah £8.2 juta setahun.
 
Keistimewaan budak lelaki ini semata-mata pada kebolehannya membuat ulasan pelbagai mainan kanak-kanak menerusi YouTube.
 
Nilai Ryan Toys Review mencapai AS$11 juta selama setahun mulai Jun 2016, demikian menurut Forbes.
 
Malahan, kanak-kanak ini juga tersenarai di tempat ke lapan sebagai penerima bayaran tertinggi YouTube tahun lalu.

Tentunya keluarga Ryan gembira dengan pencapaiannya  selepas memulakan saluran YouTube pada 2015 ketika berusia tiga tahun.


Ibunya, Loann yang juga bekas guru telah mengambil keputusan berhenti kerja dan mula menguruskan akaun anaknya.
Sehingga kini, Ryan mempunyai 10 juta pengikut.
 
Ryan mula berminat mengulas mainan kanak-kanak selepas menyaksikan banyak video mengenainya.
 
“Pada satu hari dia bertanya pada saya, “Kenapa saya tidak ada di YouTube seperti kanak-kanak lain?
 
“Mulai saat itu juga Ryan dibawa ke kedai untuk membeli set kereta api Lego dan dia mengulasnya,” kata ibunya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*