Bajet Terengganu 2018: Adun Pas Bawa Isu Babi Berkeliaran

Share This:

 

Abdul Wahid melalui soalan lisan dalam sidang DUN hari ini memberitahu, beberapa kampung di DUN Wakaf Mempelam dikatakan telah diganggu oleh babi hutan sehingga mengganggu suasana masyarakat di kawasan itu.

 

Selama empat bulan tempoh antara sidang DUN yang lalu dengan sidang DUN hari ini, adun PAS, Abdul Wahid Endut sekadar membawa isu babi berkeliaran di kawasan beliau itu dan juga dakwaan jahat tanpa bukti nelayan mengguna dan mengedar dadah.

 

Memetik sumber berkata,dalam nada yang marah, beliau turut mempersoalkan tindakan pihak berkuasa dalam menangani masalah tersebut.

 

Bagaimanapun, soalan lisan itu dijawab oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Terengganu, Dato’ Mohd Jidin Shafiee.

 

Menurut Mohd Jidin, pihak kerajaan negeri telah mengambil maklum mengenai masalah itu dan telah menjalankan dua operasi membasmi haiwan tersebut sepanjang bulan lalu iaitu pada 9 dan 16 November.

 

Katanya, operasi yang dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan dan jabatan Perhilitan berjaya menembak mati 9 ekor babi hutan di beberapa kampung di DUN Wakaf Mempelam.

 

“Antara kampung yang paling ramai babi hutan ditembak ialah Durian Burung sebanyak 6 ekor, Merbau Patah (2 ekor) dan Kuala Bekah (1 ekor).

 

“Selain itu perangkap juga dipasang di kawasan-kawasan tertentu dan berjaya menangkap sekurang-sekurangnya 3 ekor babi dalam satu-satu masa,” katanya.

 

Menurutnya dalam nada berseloroh, haiwan seperti babi hutan tidak boleh dipersalahkan kerana ia hanya menjadikan kampung-kampung berkenaan sebagai laluan disebabkan habitat mereka telah dinaiki air akibat banjir.

 

“Saya nak bagitu (Adun) Wakaf Mempelam, babi ini kita tidak boleh marah sebab mereka hanya lalu kawasan itu. Bila habitat mereka dinaiki air, mereka terpaksa berpindah dan mencari makanan di kawasan-kawasan kampung ini,” katanya.

– TerengganuNews

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*