Ahli-ahli DAP Bebas Kata Apa Sahaja – Tony Pua

Share This:

 

Baru-baru ini Tony Pua memberi komen mengenai kontroversi melibatkan komen twitter Dato’ Zaid Ibrahim.

 

Ahli DAP bebas berkata apa sahaja, demikian dakwaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Petaling Utara, Tony Pua.

 

“Saya rasa ahli-ahli parti kami dibenarkan untuk mengekspresikan pandangan mereka, tetapi mereka perlu menyelesaikan segala akibat buruk yang akan muncul,”katanya.

 

Menurut sumber, Tony Pua juga berkata bahawa tindakan tersebut akan memberi kesan kepada parti, lebih-lebih lagi sekiranya ahli yang terlibat tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti.

 

Ahli DAP Dato’ Zaid Ibrahim dalam twitternya Selasa lepas telah menyelar dan memperlekehkan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang antara lainnya menegur bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berhubung kenyataan menghina Bugis.

 

Tindakan Dato’ Zaid menimbulkan kemarahan orang ramai dan menyebabkan Sultan Selangor murka terhadapnya. Lantaran itu, Sultan Sharafuddin menitahkan Zaid untuk keluar dari Selangor sekiranya tidak bersetuju dengan teguran baginda kepada Dr Mahathir.

 

Bagaimanapun, Dato’ Zaid Ibrahim dikatakan sedang disiasat di bawah Akta Hasutan selepas laporan polis dibuat ke atasnya.

-PRU14.TV

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*