Abang Azwan Ali Munafik?

 

Menurut Azwan, sudah tiba masanya rakyat mengetahui sisi sebenar seorang yang bergelar menteri besar yang juga abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

 

Dia turut menyifatkan abangnya itu sebagai seorang yang hipokrit dan munafik.

 

Azwan sebelum ini membuat kejutan apabila hadir ke Perhimpunan Agung UMNO bersama-sama ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

 

Ummi Hafilda yang juga adik beradik Azwan Ali pernah mengesa Menteri Besar Selangor itu supaya mengingati pesanan allahyarham bapa mereka, Ali Omar yang cukup dihormati oleh masyarakat setempat daripada sebarang skandal atau kes salah laku.

 

“Arwah abah dah pesan. Ingat tak, apabila kita ditimpa bala dan musibah walaupun sebesar zarah terhiris jari dengan pisau atau berdarah terhantuk kaki. Cuba tanya pada diri, apakah dosa yang sudah buat???

 

“Jangan menuding jari salahkan orang lain. Itulah kifarah penghapus dosa,” kata Ummi Hafilda lagi sebagai merujuk isu penahanan Mohd Nuzul Fadli Mohd. Noriyualsaid atau lebih dikenali sebagai Aboy pada Rabu lalu susulan penahanan anak saudaranya berhubung kes perlombongan pasir.

 

Menurut Ummi Hafilda Ali juga, beliau malah tidak akan bersubahat ke atas perkara yang mungkar sekalipun membabitkan nasib ahli keluarganya sendiri.

 

Adakah masyrakat mahu menjadikan pemimpin sebegini sebagai tampuk pemimpin negara,sehinggakan hal keluarga pun boleh berpecah belah ,malah ingkar pesanan arwah ayah?

 

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *