Potongan Cukai RM5000 Bagi Kursus Lanjutan Profesional

Share This:

Penambahan ilmu dan kemahiran diperlukan dari semasa ke semasa bagi mencapai prestasi kerja yang lebih efektif. Kebergantungan kemahiran sedia ada tidak mencukupi atau masih memerlukan penambahbaikan.

Justeru bagi peningkatan kerjaya ke arah menjadi golongan professional, latihan dan kursus lanjutan amat perlu dari semasa ke semasa bagi memberi sokongan kepada golongan professional ini meningkatkan taraf pengetahuan dan kemahiran yang diharapkan oleh majikan.

Kerajaan amat menyokong dan menggalakkan pertambahan bilangan golongan professional yang lebih ramai demi menyumbangkan kembali kepada peningkatan prestasi syarikat dan secara tidak langsung kepada pembangunan negara.

Oleh itu, perbelanjaan ke atas individu untuk diri sendiri bagi tujuan mendapat kelayakan atau kemahiran dalam bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, perindustrian, saintifik atau teknologi dibenarkan potongan sehingga maksimum RM5,000 di bawah perenggan 46(1)(f) Akta Cukai Pendapatan 1967,

Walau bagaimanapun kursus atau pengajian yang berkenaan hendaklah diikuti diinstitusi tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau di badan profesional di Malaysia yang diiktiraf oleh Menteri Kewangan.

Senarai badan profesional yang diiktiraf oleh Menteri Kewangan adalah seperti berikut:-

 

  1. Malaysian Institute Of Accountants (MIA);
  2. The Malaysian Institute Of Certified Public Accountants (MICPA);
  3. The Institution Of Engineers Malaysia;
  4. Lembaga Jurutera Malaysia
  5. Lembaga Arkitek Malaysia;
  6. Pertubuhan Arkitek Malaysia;
  7. Lembaga Juruukur Bahan Malaysia;
  8. Lembaga Juruukur Tanah Malaysia;
  9. Lembaga Penilai, Penaksir dan Agen Hartanah; dan
  10. The Institution Of Surveyors Malaysia.

Senarai institusi tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan boleh diperolehi daripada laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (www.jpa.gov.my).

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*