Tular!! Ibu Lahirkan ‘Bayi Duyung’ Kelima Dunia

Share This:

Dunia digemparkan apabila ibu muda melahirkan ‘bayi duyung’ kelima di dunia, tetapi meninggal dunia beberapa jam kemudian.

 

Menurut sumber, Muskura Bibi, 23, mengejutkan doktor selepas melahirkan bayi dengan Sindrom Mermaid atau Sirenomelia, keadaan yang jarang berlaku yang menyebabkan kecacatan.

 

Bayi berkenaan bagaimanapun tidak dapat dikesan jantinanya disebabkan kakinya bercantum.

 

Manakala, doktor tidak mampu untuk menyelamatkan bayi itu untuk terus hidup ketika dilahirkan pada Rabu dan dia meninggal empat jam selepas kelahirannya.

 

“Saya tidak pernah melihat bayi seperti itu sebelum ini. Ini adalah Sirenomelia kes pertama di negeri ini dan kedua di negara ini.

 

“Bayi itu mempunyai pembentukan normal di bahagian atas badan tetapi di bawah pinggang kakinya bercantum menjadi satu. Bahagian bawah tidak membangun sepenuhnya,” kata Dr Sudip Saha, pakar kanak-kanak di Hospital Chittaranjan Deva Sadan di Kolkata.

 

Bibi tidak menjalani pemeriksaan imbasan sonografi dan tidak mampu mendapatkan ubat yang sewajarnya semasa kehamilan pertamanya ini.

 

Menurut Dr Saha , ini bermakna janin mempunyai peredaran yang tidak betul dan tidak disuburkan dengan baik.

 

“Bayi duyung’ pertama yang lahir di India pada 2016 hanya sempat hidup selama 10 minit.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*