Perdamaian Tidak Akan Berlaku Tanpa Pembebasan Baitulmaqdis- Liga Arab

Share This:

 

Mesyuarat tergemar diadakan Liga Arab, Menteri-Menteri Luar di Kaherah, dalam mesyuarat itu mesir menyifatkan perdamaian tidak akan berlaku tanpa pembebasan Baitulmaqdis.

 

Malah, mesyuarat itu dikatakan turut menganggap keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel adalah langkah bahaya dan tidak boleh diterima selain jenayah terang-terangan dalam penyelesaian politik berhubung konflik Palestin-Israel.

 

Menurut sumber berkata,Menteri Luar Jordan, Ayman Al-Safadi berkata, pihaknya mahu keamanan sebagai pilihan strategik yang dituntut untuk semua rakyat Palentin buat selama-lamanya.

 

“Bagaimanapun, tidak akan ada perdamaian tanpa kebebasan melainkan Baitulmaqdis bebas dan (diiktiraf) sebagai ibu negara Palestin,” katanya pada mesyuarat tergempar itu.

 

Dalam pada itu, Menteri Luar Palestin, Riyad Al-Maliki mengharapkan Blok Negara-Negara Arab (Majlis Keselamatan) segera bertindak dalam menyampaikan resolusi draf kepada majlis tersebut dengan menolak keputusan Trump itu.

 

“Kami juga menyeru masyarakat Arab dan Muslim serta dunia secara keseluruhannya segera melawat Baitulmaqdis sebelum ia (Baitulmaqdis) menjadi mangsa kepada keputusan Amerika dan ancaman Israel,” katanya.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*