Zaid Ibrahim Dan Syed Saddiq Bukti Pengecutnya Pembangkang

Share This:

Pakatan Harapan (PH) jelas sebuah pakatan yang tidak ada keberanian apabila menggunakan dua kuman politik untuk merosakkan keyakinan ahli UMNO dan penyokong Barisan Nasional (BN) terhadap parti ketika berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017).

Mereka menggunakan seorang bekas Menteri yang sudah tua dan seorang ketua sayap pemuda parti untuk merosakkan UMNO dengan kerja-kerja jahat mereka.

Zaid, baru-baru ini menyatakan bahawa Najib ada seorang Menteri yang tidak tahu berterima kasih sebelum ini di bawah kabinet bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad. Kata Zaid, Mahathir buat silap kerana mengekalkan Najib semasa menjadi Perdana Menteri.

Beliau tidak tahu, dalam hati Mahathir sebenarnya beliau tahu bahawa Najib adalah seorang calon yang boleh jadi Perdan Menteri yang hebat apabila sampai masanya, cuma Mahathir marah, Najib enggan mendengar cakap dan memenuhi kemahuannya.

Disebabkan takut dengan Najib yang semakin diterima oleh rakyat, Mahathir suruh Zaid yang buat kenyataan itu untuk buat Najib gementar dan hilang keyakinan. Zaid tidak tahu, ketika ini Najib adalah seorang pemimpin yang paling teguh prinsip dan tahu matlamat apa yang harus dituju.

Selain Zaid, Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga digunakan PH untuk mengacau UMNO ketika perhimpunan Pemuda UMNO membantah keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan bukan lagi Tel Aviv seperti sebelum ini.

Syed Saddiq ketika demonstrasi aman itu, cuba mencelah di antara Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Presiden Gabungan NGO 1Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos di depan Kedutaan AS di Ampang, semalam selepas Solat Jumaat.

Dia malahan meletakkan tangannya di atas bahu Jamal ketika kejadian itu menyebabkan Jamal berasa tidak selesa. Ia nampak jelas, Syed Saddiq cuba mengambil kesempatan pada masa itu untuk mendapatkan perhatian dari inisiatif UMNO mengadakan bantahan itu.

Pakatan tidak mahu mengadakan bantahan atas usaha sendiri tapi menumpang langkah yang diambil oleh Pemuda UMNO sebaik mengetahui keputusan Trump berkenaan, sebelum itu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*