Ucapan penggulungan Ketua Wanita Di Perhimpunan Agung UMNO 2017

Share This:

PERANG mesti menang adalah azam Pergerakan Wanita UMNO. Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pilihan raya umum ke-14 (PRU14) merupakan jihad buat Wanita Umno agar Malaysia terus dipimpin oleh pemimpin yang mempunyai rekod cemerlang.

Dalam ucapan penggulungan sebentar tadi, Shahrizat menjanjikan kerja keras dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi Wanita Umno terhadap perjuangan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak. Mereka mengisytiharkan perang bagi memastikan parti Melayu itu kekal memerintah Putrajaya dan tidak dirampas pembangkang pada PRU14.

Shahrizat juga mengulangi kata dua kepada ahli Umno, sama ada memilih pemimpin yang sudah diketahui secara fakta dan angka memiliki rekod cemerlang atau pemimpin yang akan menindas bangsa Melayu.

Keberanian merupakan salah satu tunjang utama resepi kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU-14. Semangat ini penting dalam mendepani tohmahan dari pembangkang.

“Bagi kami, keberanian dalam politik hari ini bukan diukur pada panjangnya pedang, tetapi bagaimana cara kita menghunusnya.

“Janganlah takut kepada apapun kekuatan lawan dan percayalah kepada pedang yang kita miliki,” katanya ketika sesi penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*