#PAU2017 : Senator Zahari Sarip Dari Johor Mulakan Perbahasan Hari Ini

Share This:

Wakil dari negeri Johor Senator Zahari Sarip hari ini memulakan perbahasan usul agama dan pendidikan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Zahari adalah pencadang usul sebelum disokong wakil dari Kelantan Amran Arifin pagi ini.

Seramai 14 orang pembahas dijangka menyampaikan ucapan usul berkenaan dimulakan dengan wakil Pulau Pinang, Mohd Nashrol Hisham Abdullah sebelum sesi penggulungan akan bermula oleh ketua sayap, wakil Ahli Majilis Tertinggi UMNO, wakil kerajaan, Naib Presiden dan Presiden UMNO.

Ucapan penangguhan Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden parti pastinya dinanti-nantikan bukan sahaja oleh perwakilan yang hadir di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, tetapi juga oleh seluruh anggota UMNO di seluruh negara memandangkan perhimpunan tersebut adalah yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Semalam, usul ucapan dasar Presiden dan usul ekonomi diluluskan oleh 2,718 perwakilan daripada 191 bahagian UMNO yang turut sebulat suara meluluskan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Ketika ucapan Najib itu nanti, para ahli UMNO dan rakyat seluruh negara biasanya akan berhenti dari melakukan aktiviti mereka dan mendengar betul-betul apa yang diperkatakan oleh beliau yang juga Perdana Menteri.

Ucapan penangguhan kali ini adalah ucapan penting yang sarat dengan pesanan menjelang PRU14 yang memang pasti akan diadakan pada tahun depan memandangkan tahun 2018, mandat PRU13 akan berakhir dan Parlimen perlu dibubarkan.

Ketika Najib menyampaikan ucapan dasar Presiden pada hari Rabu lepas, ia begitu membakar semangat para perwakilan sehingga pada sesi perbahasan tidak ada isu atau sebarang masalah dalaman dibangkitkan oleh pembahas mahupun pihak lain.

PAU2017 bawa petanda baik juga apabila kesemua 2,718 perwakilan perhimpunan agung menerima serta meluluskan usul supaya dua jawatan itu tidak dipertandingkan, petanda UMNO bersatu berdepan PRU14.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*