#PAU 2017: Tidak Ada Parti Lain Yang Mampu Bela Melayu Selain UMNO

Share This:

 

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Bahagian Seputeh, Datuk Mohd Razlan Rafii pada Perhimpunan Agung UMNO ke 71 hari ini bukan sahaja ingin membentang usul tentang pendidikan dan agama malah konteks yang lebih besar iaitu agenda sosial negara.

 

Menurut beliau,terdapat dua masalah sosial iaitu masalah konvesional dan masalah era moden ini yang berkait rapat dengan hati anak muda harini.

 

“Inilah cabaran moden yang kita hadapi untuk masa depan anak negara kita.Oleh itu,kita kena ada satu penguasaaan ,pengawasan, kepada anak-anak muda kita untuk kita tengok di manakah kita nak letakkan agenda sosial ini melebihi segala-galanya.

 

Beliau mengatakan aplikasi-aplikasi yang ada seperti wechat ,B-talk dan sebagainya perlu diberi dikawal ,ditangani dan digunakan dengan baik.

 

“Tetapi kalau anak muda masa kini mengunakan wechat ini dengan cara yang tidak baik,ianya juga boleh juga digunakan cara yang tidak baik, bukan itu sahaja baru-baru kita melihat tumbler, kita masukkan bigo ,bigo ini ia adalah aplikasi yang amat jahat,memberi point kepada orang pemulanya .

 

“Hari ini anak muda duduk dekat bilik,dia boleh bercakap dengan telefon ,bila dia bercakap dengan telefon,dia dapat point,itu telah menjadikan satu intensiv pada mereka. Bukan hanya bercakap di telefon ,yang jahatnya aplikasi bigo ini boleh mendapat point ,ada perkara curang yang dilakukan di depan telefon dan ini adalah sebenarnya satu perkara yang baru untuk anak muda untuk kita dan apakah solusinya di masa akan datang.

 

Sementara itu,beliau juga percaya perjuangan hari ini mengenai agenda sosial yang perlu diketengahkan menjadi satu pengharapan kepada anak muda.

 

Menurut beliau,  tidak ada parti lain yang mampu bela melayu selain UMNO.

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*