Padah Simen Kepala Dalam Ketuhar

Share This:

 

Siapa sangka perkara yang tidak masuk akal boleh berlaku apabila seorang pengguna YouTube perlu diselamatkan oleh anggota bomba selepas memasukkan kepalanya di dalam ketuhar gelombang mikro yang berisi bancuhan simen.

 

Menurut sumber,Perkhidmatan Bomba West Midlands mengambil masa selama satu jam untuk mengeluarkan kepala lelaki itu selepas mereka dihubungi untuk mendapatkan bantuan di sebuah rumah di Fordhouses, Wolverhampton.

 

Rakan-rakannya berjaya memasukkan tiub udara ke mulut lelaki berusia 22 tahun itu dalam usaha membantunya bernafas, kata perkhidmatan tersebut.

 

Komander Shaun Dakin berkata walaupun mungkin ada yang melihat ia sebagai kelakar, lelaki itu boleh lemas atau cedera parah dengan mudah dengan bertindak sedemikian.

 

“Dia dan sekumpulan rakannya telah mencampurkan tujuh beg Polyfilla yang dituangkan di kepalanya yang dibungkus dengan beg plastik di dalam ketuhar gelombang.

 

“Ketuhar itu digunakan sebagai acuan dan suisnya tidak dihidupkan. Campuran mengeras dengan cepat dan ketika kami dihubungi, mereka sudah cuba menyelamatkannya selama satu jam setengah.”

 

Kru dari pasukan penyelamat teknikal membantu mengeluarkan ketuhar gelombang mikro itu, katanya.

 

“Kami mengambil masa hampir sejam untuk membebaskannya,” kata Dakin.

 

“Semua kumpulan yang terlibat sangat menyesal, tetapi ini adalah satu panggilan bantuan yang mungkin menghalang kami daripada membantu orang lain yang kemalangan atau benar-benar memerlukan bantuan.”

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*