Hamzah Ceritakan Bagaimana Nabi Selesaikan Masalah Kenaikan Harga, Kenapa Kecam?

Share This:

MALAYSIAKINI yang merupakan lidah pembangkang dilihat semakin melampau. Mereka dilihat cuba memperlekehkan atau lebih tepat memanipulasikan kenyataan pihak kerajaan terutamanya yang berkaitan dengan petikan yang menyentuh agama Islam.

Mereka tahu bahawa perkara yang menyentuh sensitiviti agama Islam atau mana-mana agama yang lain merupakan tindakan yang tidak wajar. Perkara ini seperti menyiram minyak ke dalam api namun kini perkara tersebutlah yang menjadi fokus pembangkang. Mereka kerap memperlekehkan orang Melayu dan agama Islam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin menjelaskan isu harga barang naik ini bukanlah masalah baru berlandaskan sepotong hadis Nabi Muhammad SAW.

Beliau cuba menceritakan bagaimana Nabi menyelesaikan masalah kenaikan harga tersebut namun beliau seolah-olah dipersendakan pula.

Menurut Hamzah Zainudin, isu berkenaan sudah berlaku sejak zaman Rasulullah lagi malah ada hadis yang menjelaskan perkara tersebut.

Membacakan terjemahan hadis diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas bil Malik, Hamzah menjelaskan ada sahabat meminta Rasulullah menetapkan harga barangan untuk mereka.

“Maka baginda menjawab: Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga, menyempit, meluaskan dan memberi rezeki. Sesungguhnya aku benar-benar berharap untuk bertemu Allah dalam keadaan tidak ada seorang pun yang menuntut kepadaku berkenaan sesuatu kezaliman pada darah dan harta.

“Ini menunjukkan apa yang dilakukan oleh kerajaan, pemimpin besar kita sekarang adalah sesuatu yang menyamai apa dituntut oleh Rasulullah iaitu tidak mencampuri hak pasaran bebas dalam negara kita,” katanya semasa ucapan penggulungan di hari terakhir PAU di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.

Hamzah mengulas mengenai rungutan kenaikan kos sara hidup yang dibangkitkan pewakilan sejak persidangan tahunan Umno berlangsung Khamis lalu.

Oleh itu, kerajaan bersetuju agar harga barangan keperluan asas dikawal supaya tidak dinaikkan sesuai dengan sikap prihatin dan keadilan yang dituntut Islam.

“Barang keperluan yang saya maksudkan ialah gula, tepung, minyak masak, beras dan gas memasak.

“Ini adalah kerana presiden Umno berasakan bahawa untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat dan keadilan untuk seluruh negara, kita mampu memberikan subsidi melalui barangan keperluan asas,” katanya.

Setakat ini kata anggota Majlis Tertinggi Umno itu kerajaan membelanjakan sebanyak RM2 bilion setahun bagi membiayai subsidi berkenaan.

Bagi barangan basa seperti ikan, ayam, sayur dan daging, kata Hamzah, kerajaan bersetuju “memerangi” orang tengah yang tamak dan rakus melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta agensi yang berkaitan dengannya.

“Kita akan berjuang dan berjihad untuk memerangi mereka ini,” katanya.

Kita bertuah mempunyai kerajaan yang amat prihatin dengan kebajikan rakyat. Segala tindakan mereka berfokuskan  kepada meringankan beban rakyat dalam usaha menjadi pemerintah yang seadil mungkin.

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*