Fathia Perlukan Pengawal Peribadi

Share This:

 

 

Baru-baru ini, pelakon kontroversi Fathia Latiff mendedahkan bagaimana dia diserang dan diugut, malah kedengaran membahayakan.

 

Melalui Twitter Fathia berkata ada seorang lelaki berkepala botak membaling rantai ke arahnya, malah mengenai bahu pelakon itu.

 

Malah kata Fathia lelaki terbabit sempat memberi amaran: “Jangan sampai peluru aku sampai kat kau.”

 

Tidak dapat dipastikan punca atau di mana kejadian berkenaan berlaku.

 

Ketika ini katanya dia mengalami trauma akibat serangan berkenaan.

 

 

Dalam kemas kini kemudian, Fathia mendakwa dia mengenali lelaki terbabit namun enggan mendedahkan maklumat mengenainya di Twitter.

 

“Saya perlukan pengawal peribadi!!!” katanya lagi.

 

Persoalannnya,membuat kenyataan di media sosial tidak menyelesaikan masalah, malah ia seolah-olah meraih publisiti murahan, mengapa beliau tidak mendedahkan sahaja lelaki terbabit? Kenapa tidak lapor kepada pihak polis untuk membuat siasatan?

 

Jika benar perkara tersebut berlaku ,Fathia perlu lapor sahaja kepada polis dan dedahkan siapa lelaki dikenali itu?

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*