Rumah Agam Selebriti Hollywood Turut Terkena Tempias Kebakaran Besar Di Los Angeles

Share This:

 

 

Kebakaran yang terjadi di Los Angeles baru-baru ini bukan sahaja melibatkan para penduduk di sana, malah beberapa artis hollywood terkenal turut menerima tempias kebakaran itu.

 

Mungkin selebriti ini memiliki rumah yang gah dan mewah namun hal ini tidak mengecualikan kediaman mereka daripada dibaham api.

 

Kebakaran hutan di Los Angeles, Amerika Syarikat telah mengakibatkan segelintir selebriti Hollywood kehilangan tempat tinggal mereka.

 

Antara nama-nama hebat yang terjejas akibat kebakaran itu ialah pelakon dan penyanyi tersohor, Paris Hilton; pelakon muzikal Glee, Lea Michele dan penyanyi veteran Lionel Richie.

 

Menurut sumber, Paris Hilton telah mengongsikan visual kebakaran besar itu di laman Twitternya dengan kapsyen memuji pasukan bomba atas keberanian memadamkan api besar tersebut.

 

Hilton juga dikatakan terpaksa mengosongkan rumahnya, sekali gus membawa keluar haiwan-haiwan kesayangannya.

 

Lea Michele pula dalam tweetnya memaklumkan beliau tidak sempat berkemas untuk meninggalkan rumahnya.

 

Beliau turut bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan yang sudi menumpangkan rumah mereka kepadanya pada saat-saat genting.

 

Dalam pada itu, Lionel Richie pula terpaksa membatalkan pertunjukannya bagi bantu anggota keluarganya berpindah.

 

Namun, beliau berjanji akan kembali ke pentas pada hujung minggu ini demi para peminatnya.

 

Selain itu, api turut merebak ke kawasan kejiranan Bel Air yang mana terletaknya beberapa rumah mewah selebriti Hollywood.

 

Kilang Wain milik mogul media dan jutawan Rupert Murdorch adalah salah satu hartanah yang terancam.

 

Menurut jurucakap, kilang wain itu dipindahkan pada Rabu apabila api merebak ke kawasan rendah.

 

Mirror.uk melaporkan struktur hartanah itu dilihat terbakar dan operasi pemadaman semburan air menggunakan helikopter dilakukan pasukan penyelamat.

 

Turut terancam ialah kediaman mewah tujuh bilik milik pelakon Sitcom Friends Jennifer Anniston bernilai AS21 juta dolar.

 

Jennifer Lopez pula dilaporkan membeli hartanah bernilai AS28 juta dolar di kawasan berdekatan tahun lepas.

 

Manakala, Harrison Ford dan Gwyneth Paltrow memiliki rumah di Brentwood, kawasan seberang Bel Air.

 

Bekas Gabenor Carlifornia Arnold Schwarzenegger juga terletak di kawasan perumahan itu turut mengalami nasib yang sama.

 

Bagaimanapun, kawasan ini masih selamat tetapi penduduk diarah bersedia memindah pada bila-bila masa.

 

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*