Kerja Azmin Dalam Jamban Lebih Gila Dari Datuk Jamal

Share This:

Netizen pro-pembangkang dan penyokong mereka sering menuduh Presiden Gabungan NGO Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos buat kerja gila hanya mahu menarik perhatian murahan tetapi sebenarnya beliau mahu menyampaikan mesej yang keras dan tegas kepada Kerajaan Negeri Selangor yang sudah terlalu melampau.

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali sebenarnya lebih gila dalam isu gambar lucah yang menunjukkan individu yang seiras dengannya sedang melakukan kelucahan melampau dengan seorang wanita di dalam tandas. Wanita itu dilihat sedang memegang kemaluan lelaki itu yang jelas wajahnya iras dengan Azmin.

Kalau sampai tahap itu, seorang Menteri Besar ambil kesempatan melucah dengan wanita yang entah dari mana padahal beliau memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

Jamal sebelum ini pada 21 Disember 2016, pernah buat kejutan dengan memakai tuala dan bawa berus gigi ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam. Itu adalah protes Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar protes kepada kerajaan negeri kerana isu krisis bekalan air yang berlaku di Selangor.

Pada 14 Februari tahun ini pula, Jamal buat gila dengan bawa 15 buah van jenazah, keranda dan berpakaian seperti penggali kubur di depan bangunan yang sama.

Ketika itu Jamal membantah, program negeri Selangor iaitu skim khairat kematian yang didakwa banyak pihak ada penyelewengan oleh pihak kerajaan.

Protes Jamal yang agresif baru-baru ini pada 5 Oktober lalu pula ialah apabila beliau memecahkan kira-kira 100 botol arak dengan menggunakan tukul besi pada pukul 10.15 pagi pada hari berkenaan.

Itu, Jamal protes penganjuran pesta arak di Selangor yang dikenali sebagai Octoberfest di Klang. Ia sebagai bantahan kepada kerajaan Azmin supaya tidak membenarkan sebarang penganjuran pesta arak besar-besaran secara terbuka di negeri ini yang jelas tidak membawa sebarang faedah kepada rakyat.

Kalau tidak dibuat begitu, bantaha Jamal akan diambil ringan oleh Azmin dan bantahannya tidak akan dilayan.

Jika Jamal melakukan protes dengan serius, dan Azmin tidak melayan bantahan berkenaan, rakyat akan melihat bahawa Azmin tidak mengendahkan suara rakyat yang membantah kerana tidak berpuas hati dengan cara Azmin mentadbir negeri.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*