Jurusalem Bakal Dijadikan Ibu Negara Isreal..Reaksi Erdogan Turki Mengejutkan Amerika

Share This:

 

Reaksi Erdogan Turki buat kenyataan berani mengejutkan Amerika setelah sekian lama berdiam diri apabila Donald Trump umum Jurusalem bakal jadi ibu negara Israel baru-baru ini.

 

Menurut sumber, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengancam untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Tel Aviv, sekiranya Amerika Syarikat meneruskan rancangan menjadikan Jerusalem sebagai ibu negara Israel.

 

Beliau berkata, rancangan Donald Trump untuk mengisytiharkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel itu adalah garis merah bagi umat Islam.

 

Erdogan juga berkata beliau akan mengadakan sidang kemuncak negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk menentang sebarang langkah ke atas Jerusalem.

 

Sementara itu, Penasihat Hubungan Diplomatik Antarabangsa, Majdi Khaldi berkata, AS akan kehilangan kredibiliti sebagai mediator di Timur Tengah jika Trump meneruskan langkah itu.

 

Status Jerusalem atau Baitulmaqdis adalah aspek paling sensitif dalam konflik Palestin-Israel.

 

Israel mendakwa kota itu adalah ibu negaranya, berikutan pendudukan Jerusalem Timur pada perang 1967 dan menyifatkan Baitulmaqdis sebagai bandarnya

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*