Isteri Lena Tidur, Suami ‘Ratah’ Adik Ipar Sendiri

Share This:

Seorang lelaki berusia 30-an melampaui batasan apabila tergamak merogoL adik iparnya sendiri di sebuah rumah di di Kampung Seria Jaya, Setapak.

 
Lagi mengejutkan bila suspek melakukan perbuatan terkutuk itu semasa isterinya sedang lena tidur di dalam rumah yang sama. 
 
Harian Metro melaporkan, mangsa yang baru berusia 14 tahun itu berkunjung ke rumah kakak dan abang iparnya berikutan musim cuti sekolah dan ingin membantu menjaga anak saudaranya yang masih kecil.
 

 

Sumber polis berkata, “Namun ketika mereka tidur sebilik, suspek dikatakan sempat mengambil peluang memperkosa mangsa.
 
“Tindakan itu dianggap amat berani berikutan isteri suspek tidak menyedari perbuatan itu walaupun berada berdekatan,” katanya.
 
Suspek juga mengugut mangsa supaya tidak menceritakan perbuatannya kepada orang lain.
 
“Suspek mengugut akan membunuh semua ahli keluarga mangsa jika perbuatan itu diketahui orang lain.
 
“Namun bimbang kejadian sama berulang, mangsa yang masih bersekolah menceritakan perkara itu kepada kakaknya untuk tindakan lanjut,” tambahnya.
 

Mangsa kemudian dibawa ke ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menjalani pemeriksaan perubatan sebelum laporan polis dibuat di pondok polis HKL.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*