Hak Pesara Yang Dikecualikan Cukai

Share This:

Selaras dengan usia, suatu masa nanti individu yang bekerja dalam bidang bukan perniagaan iaitu penggajian akan mencapai umur persaraan. Tidak kurang juga mereka akan bersara disebabkan keuzuran atau sakit yang menghalang untuk terus bekerja.

Seharusnya jika individu pencen disebabkan keuzuran atau tidak berupaya lagi untuk bekerja, pengesahan perlu dilakukan oleh Lembaga Perubatan bagi tujuan kelayakan dan syarat pencen yang dikecualikan cukai.

Lain-lain kelayakan pencen yang dikecualikan cukai seperti pencen yang diterima balu dan anak-anak yatim akibat individu meninggal dunia serta pencen yang diterima oleh ahli politik yang mencapai umur 55 tahun.

Manakala bagi pasukan keselamatan yang mengalami kecederaan atau kecacatan semasa bertugas turut mendapat pengecualian cukai ke atas pencen mereka.

Melihat dari aspek percukaian, bagi individu yang mendapat wang persaraan lebih dari satu tabung pencen, pengecualian diberikan ke atas amaun pencen yang tertinggi. Sebaliknya, individu yang bersara sebelum mencapai umur persaraan wajib, pencennya akan dikenakan cukai.

Di sini, jika pekerja memilih bersara secara pilihan sebelum umur wajib bersara iaitu 55 tahun atau bersara tidak disebabkan oleh keuzuran, pencen yang diterima adalah dikenakan cukai sehingga mencapai umur 55 tahun.

Adalah menjadi tangungjawab selepas bersara jika pesara masih mempunyai pendapatan lain yang dikenakan cukai atau sehingga pada tahun taksiran persaraan perlu melaporkan pendapatan dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan.

Ini termasuklah jika pesara masih menerima pendapatan dari hasil perniagaan, penggajian, dividen, faedah dan diskaun, pendapatan sewa, royalti dan premium, anuiti dan bayaran berkala yang diterima serta pendapatan lain yang dirasakan perlu diisytiharkan.

 

 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*