Coklat Najib Paling Laris Berbanding Mahathir

Share This:

PERHIMPUNAN Agung UMNO ke 71 (PAU) yang sedang berlangsung membuka pintu rezeki kepada ramai peniaga Melayu terutama mereka yang sedang mempromosikan produk terbaru. Pelbagai inisiatif yang kreatif cuba ditonjolkan bagi melariskan jualan mereka.

Ryverra Chocolate & Confectionery Sdn Bhd membuka gerai di aras tiga Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) merupakan pengeluar coklat yang amat kreatif. Coklat dengan kertas pembalut yang memaparkan imej presiden Umno keluaran mereka mencuri tumpuan ramai pengunjung.

Memetik beberapa portal, menurut Norsiah Ahiddin yang gerainya yang terletak di aras tiga Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), bungkusan coklat yang memaparkan wajah Mahathir menjadi pilihan kedua paling diminati selepas Datuk Seri Najib Razak.

“Ini hari keempat (jualan) dan sambutan sangat mengalakkan, bekalan pun banyak dah habis terutama sekali (bungkusan) coklat yang berwajah Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Pengunjung juga boleh mendapatkan koleksi wajah-wajah bekas presiden Umno lain yang diabadikan di atas kertas pembungkus coklat berkenaan.

“Setiap coklat ada perisa sendiri, ada kacang, kismis, mocha,” kata Norsiah.

Pewangi Mahathir pula kurang laku

Dalam pada itu terdapat juga penjual produk wangian, HASY Eau De Parfum yang menjual minyak wangi mereka dengan memaparkan wajah pemimpin Umno.

Menurut Hafizan Hassan, idea itu timbul semata-mata mahu menghargai jasa pimpinan Umno terdahulu.

Beliau menjual pewangi itu dengan pakej kompilasi presiden dengan generasinya pada harga RM70 dan RM35 bagi setiap wajah pemimpin. Bagaimanapun Hafizan berkata jualan “pewangi Mahathir” sedikit hambar dan tidak menolak ia berpunca daripada sokongan anggota parti terhadap bekas presiden Umno itu.

“Kita cuma keluarkan 1,000 unit sahaja bagi setiap wajah pemimpin dan setakat ini kotak perfume yang berwajah Datuk Seri Najib dan ayahandanya (Tun Razak) paling banyak terjual. Setakat ini hanya tinggal 200 unit.

“Tahun ini kita lihat tarikan untuk Mahathir kurang. Manakala, sokongan terhadap Datuk Seri Najib beri kesan kepada hasil jualan kami dan kali ini sokongan lebih kepada presiden Umno,” kata Hafizan.

Ahli UMNO tahu bahawa Mahathir kini merupakan seorang pengkhianat. Datuk Seri Najib pula merupakan seorang pejuang tegar sejati yang sentiasa menjaga dan mendahulukan rakyat dalam segala perkara.

Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*