Budak 12 Tahun Lahirkan Bayi Dalam Tandas,Sembunyikan Bayi Dalam Almari

Share This:

Rahsia penemuan bayi di dalam almari terbongkar apabila pihak polis menahan sepasang kekasih remaja semalam.

 

Menurut sumber,suspek gadis berusia 12 tahun yang tidak memiliki pengenalan diri mengaku telah melahirkan bayi berkenan sekitar jam 6 petang pada ahad lalu di dalam tandas rumahnya.

 

Gadis tersebut dikatakan buntu dan bimbang perkara itu diketahui orang lain termasuk ahli keluarga,suspek menyembunyikan bayi tersebut didalam almari ,ruang stor bawah rumah kayu kediamannya.

 

Timbalan ketua polis daerah sibu Martin Khoo berkata,suspek juga mengaku kehamilannya dan kelahiran bayi tersebut tidak diketahui sesiapa termasuk kedua ibu bapa angkatnya walaupun mereka tinggal dirumah sama.

 

Selain itu suspek semasa di soal siasat turut mengaku pernah melakukan hubungan itim dengan teman lelakinya pada penghujung tahun 2016 lalu.

 

Bagaimanapun pihak polis juga turut menahan seorang pelajar tingkatan 3 di sebuah sekolah menengah di sini sekitar jam 3 petang semalam.

 

Terdahulu pemberita memaklumkan seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat di temui dalam sebuah almari stor di kampung bahagia.

 

Bayi pertama kali ditemukan oleh cucu perempuan pemilik rumah berkenan yang berusia 17 tahun.

 

Difahamkan remaja perempuan berkenan terdengar bunyi mencurigakan sebelum keluar untuk memeriksa.

 

Tekejut dengan penemuan bayi itu,dia kemudian memanggil ahli keluarga serta jiran berdekatan sebelum di maklumkan kepada pihak polis.

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*