Atuk Cabul Budak, Upah Aiskrim Tutup Mulut

Share This:

Seorang warga emas mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun sejak setahun lalu.

 
Dengan hanya bermodalkan aiskrim dan wang sebagai habuan, kanak-kanak yang juga anak kepada jirannya itu diminta untuk menutup mulut daripada memberitahu sesiapa pun.
 
Walau bagaiamanapun perbuatannya terbongkar apabila mangsa menceritakan kejadian terbabit kepada ahli keluarganya, yang kemudian bertindak menghubungi Talian Nur.
 
Harian Metro melaporkan, mangsa mengadu yang jirannya memberi upah aiskrim setiap kali dicabul.

 

Sumber berkata, “Mangsa memberitahu suspek memasukkan jari dalam kemaluannya selain turut meraba seluruh anggota badan dan juga pelbagai aksi tidak senonoh lain.
 
“Kejadian itu didakwa dilakukan suspek beberapa kali sejak tahun lalu terhadap mangsa di kawasan rumah mereka di Ayer Itam dan kanak-kanak berkenaan hanya membuat aduan kelmarin,” katanya.
 
sepasukan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat kemudian bergegas ke rumah mangsa dan laporan polis telah dibuat.
 
“Hasil pemeriksaan mendapati ada koyakan lama pada kemaluan mangsa namun doktor belum dapat memastikan punca koyakan terbabit.
 

“Suspek yang berusia 61 tahun kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” tambahnya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*