Zaid Ibrahim Jadi Barua Mahathir Tuduh Najib Tidak Tahu Berterima Kasih

Share This:

Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sebenarnya adalah seorang bekas pemimpin yang tidak tahu berterima kasih kepada orang yang bertanggungjawab menyokongnya dari kekalahan memalukan dalam pemilihan UMNO pada tahun 1987. Kejadian ini sudah berkali-kali diimbau semula ketika dalam satu perhimpunan di Hotel Hilton, Kuala Lumpur.

Cukup genting pada masa itu pe­rebutan kuasa antara dua tokoh Mahathir dan lawannya, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li

Hilton menjadi markas jentera Mahathir, manakala Hotel Regent di Jalan Imbi menjadi markas Ku Li.

Pada itu, Perdana Menteri ketika ini, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah orang yang dibawa oleh Mahathir ke Hotel Hilton pada malam itu juga untuk ditunjukkan kepada perwakilan sebagai penentu kemenangan Mahathir ke atas Ku Li. Hasilnya, Mahathir menang dengan tipis, hanya 43 undi ke atas Ku Li, 761 berbanding 718 untuk jawatan Presiden UMNO.

Hari ini, seorang bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim menggelarkan Najib sebagai Menteri yang tidak berterima kasih kepada Mahathir. Siapa sepatutnya dalam hal ini patut berterima kasih?

“Kesilapan terbesar Dr Mahathir ialah mengekalkan menteri-menteri tidak berterima kasih itu, termasuk (Perdana Menteri) Najib (Razak),” katanya.

Zaid menjadi balaci Mahathir dan DAP untuk mempertahankan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu yang teruk dihentam dalam ucapan perwakilan dan ucapan Najib sendiri dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ketika ini.

Jika Mahathir anggap Najib tidak berterima kasih, kenapa Mahathir sendiri tidak cakap perkara itu tetapi Zaid pula yang buat kenyataan mengatakan yang bukan-bukan tentang Najib. Jika Najib tidak hadir malam itu, kerjaya politik Mahathir sudah tamat kalah kepada Ku Li.

“Bilakah Najib akan rasa cukupnya menghentam Dr Mahathir? Ucapan Presiden UMNO hari ini langsung tidak menunjukkan ciri-ciri seorang Presiden,” kata Zaid.

Satu persoalan yang dilontarkan pula kepada Mahathir sudah banyak kali ialah, mengapa beliau masih tidak berhenti menuduh Najib tanpa sebarang bukti dan fakta kukuh. Sebab itu, Zaid sanggup buat kerja jahat itu demi kepentingan Mahathir.

Mahathir yang tidak tahu berterima kasih sebenarnya dalam hal ini, kerana nyawa politik Mahathir sampai hari ini masih bernyawa kerana Najib yang menyokongnya pada malam itu.

Dek kerana mahu berkuasa kembali, Mahathir sanggup buat begitu kepada Najib dan melupakan jasa begitu sahaja.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*