Penemuan Kulit Manusia Tidak Dimamah Tanah Mengejutkan Pakar Arkeologi

Share This:

Mengejutkan apabila beberapa pakar arkeologi di Thailand menemukan satu rangka manusia yang dipercayai pengamal ilmu hitam di sebuah kawasan perkuburan purba.

 

Menurut sumber, penemuan menakutkan itu berlaku di Mukdahan berdekatan sempadan Thailand-Laos.

 

Mereka menemukan kulit manusia yang tertera tatu pada rangka manusia berkenaan yang dipercayai ada kaitan dengan amalan ilmu hitam.

 

Tatu itu dikatakan berbentuk tulisan Sanskrit merupakan mentera yang digunakan untuk membuatkan kulit berkenaan kebal dan tidak dimamah tanah.

 

“Lelaki itu tidak boleh menjalani pembedahan kerana kulitnya sukar dibedah dan akhirnya dia meninggal dunia dalam kesakitan,” kata pertubuhan tersebut.

 

Bagaimanapun, punca kulit itu tidak terjejas tidak diketahui tetapi rata-rata penduduk Thailand percaya kejadian itu ada kaitan dengan amalan ilmu hitam.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*