#PAU 2017: Nurul Izzah Tidak Peduli Pengundi Di Lembah Pantai ?

Share This:

 

Menerusi sidang media di Perhimpunan Agung Umno di PWTC semalam Shahrizat mendakwa telah mendengar bahawa naib presiden PKR itu takut mempertahankan kerusi di Lembah Pantai, dan mantan menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin akan menjadi calon yang lebih baik.

 

Tambahan lagi,penyandang kerusi Lembah Pantai,Nurul Izzah Anwar, selama dua penggal itu berkata yang dia ialah penyandang kerusi tersebut dan logik akalnya dia akan mempertahankannya, yang dimenanginya dengan majoriti tipis 1,847 undi pada 2013.

 

“Saya akan bertanding di Lembah Pantai. Saya penyandang kerusi sudah pasti saya mahu kekal,”kata Nurul Izzah.

 

Selama ini Nurul Izzah juga dikatakan tidak mempedulikan pengundi beliau di lembah pantai sebaliknya naib presiden PKR itu dikatakan menyerahkan keputusan untuk bertanding di kawasan lain sekiranya ada arahan daripada parti.

 

Kenyataan beliau seolah-olah mengambarkan bahawa parti adalah lebih penting daripada pengundi-pengundi di Lembah Pantai.

 

Adakah ini pemimpin yang dimahukan rakyat sekiranya beliau hanya berserah kepada keputusan ditentukan oleh kepimpinan parti,seolah-olah takut mempertahankan kerusi di Lembah Pantai?

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*