#PAU 2017 : Apa Lagi Yang Ada Pada Pembangkang Selain Pembohongan

Share This:

Ucapan perasmian Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini menyentuh banyak perkara yang rata-ratanya mahu ahli UMNO bersiap sedia sepenuhnya menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 yang dijangka bakal diadakan pada bila-bila masa.

Malah, beliau juga mahukan semua ahli sentiasa kekal wala’ kepada kepimpinan parti dan UMNO itu sendiri bagi memastikan kekuatan UMNO kekal terpelihara dan sekaligus berjaya memenangi Pilihan Raya Umum kelak. Untuk ini, beliau menyeru kearah perpaduan dalaman parti dan menyingkirkan sikap suka mensabotaj parti dan calon yang dipilih oleh beliau dan parti itu sendiri.

Apa yang mencuri tumpuan adalah Datuk Seri Mohd Najib menempelak pembangkang yang disifatkan beliau terlalu banyak menipu dan berbohong hanya semata-mata mahu meraih sokongan dan undi dari rakyat. Sudah terlalu banyak pembohongan yang mereka taburkan sehingga ada diantaranya dianggap cukup melampau dan tidak masuk akal.

Memberi satu contoh, semasa beliau melawat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa dia menjalani pembedahan bahu bulan lalu, lawatan berkenaan juga tidak dapat lari dari difitnah pembangkang dengan menuduh pelbagai perkara. Malah, dasar-dasar kerajaan yang kesemuanya bertujuan untuk membantu rakyat juga tidak lari dari difitnah.

Yang menjadi mangsa gejala fitnah dan pembohongan ini tidak lain dan tidak bukan adalah rakyat itu sendiri. Mereka begitu giat menyebarkan pembohongan hanya semata-mat auntuk mencipta persepsi jahat terhadap UMNO dan kerajaan Barisan Nasional itu sendiri.

Lihat sahaja bagaimana mereka menyebarkan dakyah kononnya UMNO dan Barisan Nasional membawa masuk 40 ribu orang pengundi Bangladesh bagi memenangkan UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu. Dakwaan ini nyata satu penipuan besar dari pembangkang kerana sehingga hari ini, mereka gagal membuktikan dakwaan mereka itu benar.

Sambil menegaskan budaya ini bukanlah satu perkembangan yang baik, beliau mengingatkan ahli UMNO untuk tidak terikut-ikut dengan rentak pembangkang seperti ini. Tugasan ahli UMNO adalah menggempur kubu-kubu pembangkang dengan memberikan keterangan dan jawapan sebenar terhadap pelbagai isu yang mereka cuba mainkan dan fitnah.

Melihat kepada apa yang di ucapkan oleh beliau ini, nampak jelas, pembangkang di negara ini hanya mahu mencipta persepsi jahat kepada rakyat supaya mereka dapat memburukkan imej kerajaan dan meraih sokongan dan undi dari rakyat. Modus operandi seperti ini perlu ditolak kerana ianya nyata bukan budaya yang sihat dan budaya penuh adab sopan yang diamalkan oleh rakyat di negara ini.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*