Keluar Sahaja Dari Selangor Jika Tidak Tahu Menghormati Beta

Share This:

Konflik yang tercetus antara ahli DAP dari kaum Melayu, Datuk Zaid Ibrahim dengan Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah nampaknya sudah memasuki episod baru. Semuanya gara-gara kelancangan Zaid Ibrahim yang sewenang-wenangnya meningkah titah Sultan Sharifuddin yang jelas murka dengan sikap Tun Dr Mahathir yang disifatkan Baginda sebagai seorang yang cukup merbahaya terhadap negara.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Darul Ehsan hari ini, Sultan Sharifuddin sekali lagi dilihat amat murka dengan sikap biadab Zaid Ibrahim dan memintanya keluar dari Selangor sekiranya tidak tahu lagi menghormati titah paduka Sultan.

Baginda berkata, seandainya Zaid Ibrahim tidak tahu lagi erti menghormati Baginda selaku Sultan Selangor dan jajahannya, Zaid Ibrahim usah lagi mencari rezeki di negeri Selangor. Sebaiknya, Zaid Ibrahim pulanglah semula ke negeri kelahirannya, Kelantan dan di sana nanti, dia boleh membina rumah yang besar dan membantu rakyat Kelantan semahu hatinya.

Sindiran dan kemurkaan Baginda ini mudah untuk difahami kerana Zaid Ibrahim jelas begitu biadab dan kurang ajar kepada Paduka Sultan yang mentadbir negeri Selangor dan tanah jajahannya. Malah, tindakan Zaid ini jelas menimbulkan kemarahan orang Melayu sehinggakan kes nya ini turut menjadi perbualan hangat dikalangan para perwakilan UMNO yang hadir dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ke 71 di PWTC.

Dalam perkembangan terbaru, Polis DiRaja Malaysia mengesahkan telah membuka kertas siasatan berhubung kes penghinaan yang dibuat oleh Zaid Ibrahim. Perkembangan ini menjadikan konflik antara Zaid Ibrahim dengan Istana Selangor memang cukup serius dan dibimbangi akan menyebabkan kemarahan dikalangan orang Melayu.

Inilah manusia yang sudah hilang rasa hormat kepada kepimpinan tertinggi akibat fahaman politik yang melampau. Sepatutnya, sebagai seorang yang mempunyai latar belakang undang-undang, dia harus faham akan batasan pendapat antara orang biasa dan pihak Istana.

Sebelum ini, Zaid pernah menimbulkan ketegangan yang sama dengan istana Selangor berhubung banyak perkara dan kali ini nampaknya, tindakan Zaid benar-benar melampaui batasan. Sudah semestinya, satu tindakan tegas perlu diambil terhadap dirinya kerana dia memang sudah hilang rasa hormat kepada Raja dan Sultan Melayu hanya disebabkan ketaksubannya terhadap DAP.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*